HUBUNGAN ANTARA PENYESUAIAN KERJAYA DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN GURU PELATIH DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM

Authors

  • Siti Hashimah Ghazali, Mohd Izwan Mahmud & Maisarah Mohd Wahed Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/sapj.v7i2.5231

Keywords:

Penyesuaian Kerjaya, Sokongan Sosial (Rakan, Keluarga, Dan Individu Signifikan), Guru Pelatih, Universiti Awam

Abstract

Penyesuaian kerjaya merupakan suatu proses yang perlu dilalui oleh setiap individu merangkumi sikap, kompetensi dan tingkah laku yang digunakan oleh individu bagi menyesuaikan diri dalam persekitaran pekerjaan. Sokongan sosial pula adalah sokongan dari keluarga, rakan dan individu signifikan yang menyumbang kepada kesejahteran diri dalam proses membuat penyesuian kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan hubungan antara penyesuaian kerjaya dan sokongan sosial guru pelatih. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis deskriptif dan korelasi bagi mengukur tahap dan hubungan antara pemboleh ubah tersebut. Seramai 83 orang guru pelatih di sebuah universiti awam yang sedang dalam persediaan untuk menjalani internship terlibat sebagai
responden kajian. Instrumen yang digunakan adalah Career Adapt Ability Scale (CAAS) bagi mengukur penyesuaian kerjaya dan Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) untuk mengukur sokongan sosial. Statistik yang digunakan untuk menjawab objektif adalah secara deskriptif (Min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan), dan inferensi (Pearson Corelation). Dapatan
kajian mendapati secara keseluruhannya penyesuaian kerjaya dan sokongan sosial dalam kalangan guru pelatih berada di tahap yang tinggi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara penyesuaian dan sokongan rakan r = .216, p < .05. Bagaimana pun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penyesuaian kerjaya dengan sokongan keluarga r = .127, p > .05. dan
sokongan individu signifikan, r = .048, p > .05. Kajian ini memberi implikasi terhadap peranan kaunselor dalam membangunkan program kerjaya pelajar dari aspek penyesuaian dan sokongan sosial. Cadangan kajian ini adalah (i) kaunselor perlu mengetahui dan berkemahiran dalam penggunaan sesuatu instrumen; dan (ii) kajian lanjutan hendaklah memberi tumpuan kajian berbentuk eksperimen bagi mengukur kesan terhadap sesuatu program kerjaya yang dilaksanakan.

References

Kemal Oztemel & Elvan Akyol. (2019). The Predictive Role of Happiness, Social Support, and Future Time Orientation in Career Adaptability. Journal of Career Development.

Kevin, B., Stoltz Lori, A., Wolff Ann, E., Monroe Harold, R., Farris Laith, G., & Mazahreh. (2013). Adlerian Lifestyle, Stress Coping, and Career Adaptability: Relationships and Dimensions. The Career Development Quarterly, 61(3).

Lakey, B., & Orehek, E. (2011). Relational Regulation Theory: A New Approach To Explain The Link Between Perceived Social Support And Mental Health. Psychological Review. 118(3), 482495.

Lin Wang, Hong Tao, Barbara J. Bowers, Roger Brown, & Yaqing Zhang. (2017). Influence of Social Support and Self-Efficacy on Resilience of Early Career Registered Nurses. Western Journal of Nursing Research.

Richard S. Sharf. (2013). Applying Career Development Theory to Counseling. 6th Edition. Cengage Learning publication.

Robert D. Fantilli & Douglas E. McDougall. (2009). A Study Of Novice Teachers: Challenges And Supports In The First Years. Teaching and Teacher Education, 25(6), 814-825.

Rohany Nasir, Zainah Ahmad Zamani, Rozainee Khairudin, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Mohd. Norahim Moh. Sani, & Aizan Sofia Amin. (2016). Hubungan Antara Kesunyian Dan Sokongan Sosial Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan Wanita Hamil Tanpa Nikah. Jurnal Psikologi Malaysia. 30 (1)152-159.

Savickas, M. L. (2005). The Theory And Practice Of Career Construction. In R. W. Lent & S. D. Brown (Eds.), Career Development And Counseling: Putting Theory And Research To Work. 42–70.

Savickas, M.L. & Porfeli, E.J. (2012). Career Adapt-Abilities Scale: Construction, Reliability and Measurement Equivalence across 13 Countries. Journal of Vocational Behaviour. 661-673.

Sílvia Correia Monteiro & Leandro S. Almeida. (2015). The Relation Of Career Adaptability To Work Experience, Extracurricular Activities, And Work Transition In Portuguese Graduate Students. Journal of Vocational Behavior.

Tracy Hui, Mantak Yuen, & Gaowei Chen. (2017). Career Adaptability, Self-Esteem, and Social Support Among Hong Kong University

Students. The Career Development Quarterly, 66.

Downloads

Published

2024-07-06
Total Views: 125 | Total Downloads: 119