PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK UNTUK MENGURUS EMOSI DALAM KALANGAN REMAJA PEREMPUAN SEKOLAH AGAMA

Authors

  • Ummur Radhiah Hussin, Zuria Mahmud, Siti Suria Bahrudin, Siti Noraisah Mokhtar, & Siti Rokiah Tharin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/sapj.v7i2.5232

Keywords:

Kaunseling Kelompok, Psikopendidikan, Modul Pengurusan Emosi, Pengetahuan Emosi Diri, Kemahiran Mengawal Emosi

Abstract

Emosi yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan pelajar mengalami masalah untuk memberi fokus kepada akademik dan mengalami masalah perhubungan dengan rakan-rakan. Artikel ini melaporkan satu pendekatan kaunseling psikopendidikan yang dilaksanakan bertujuan membantu pelajar meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mengawal emosi diri dengan cara yang lebih berkesan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kelompok terdiri daripada 19 orang pelajar perempuan
tingkatan empat di sebuah sekolah menengah agama. Sebanyak lima sesi kaunseling kelompok pengurusan emosi telah dijalankan secara bersemuka bersama dengan fasilitator dari Program Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Setiap sesi mengambil masa selama 40 hingga 45 minit. Sesi kelompok ini melibatkan pelbagai aktiviti seperti kaunseling kelompok, melukis, menjawab senarai semak kestabilan emosi dan aktiviti menggunakan belon. Dapatan kajian menunjukkan kaunseling kelompok psikopendidikan ini memberi impak yang positif dalam membantu mereka mengurus dan mengawal emosi sendiri. Kajian ini menyokong penggunaan aktiviti psikopendidikan kelompok oleh kaunselor dalam menyediakan program yang berkualiti untuk kesejahteraan psikologi remaja.

References

Ahmad, A. B. (2013). Kesan Intervensi Psiko-pendidikan Terhadap Tingkah Laku Murid Sekolah Menengah Oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Berita Harian. (2019). Remaja bunuh diri, Dr Wan Azizah mahu netizen lebih bertanggungjawab. 16 Mei.

Fadilah Mohamed, Mohd Hasni Zulkifle, Che Som Omar, Mohd Hatta Othman & Mastura Samsaini. 2016. Modul pengurusan emosi dan stres. Negeri Sembilan: Pusat Kaunseling MAINS.

Falco, L.D., & Bauman, S. (2014). Groups work in schools. Dlm Corey. M. S., Corey. G., & Corey. C (pnyt).Groups: Process and practise, 358. Singapore: Cengage Learning.

Ferlis Bullare @ Bahari, Rosnah Ismail, Lailawati Madlan @ Endalan dan Surianti Lajuma. (2015). Strategi daya tindak remaja sekolah dan

hubungannya dengan kemurungan. Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 21-38.

Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books.

Hamidah Sulaiman, Afandi Sutrisno Tanjung, Nor Faezah Md Khalid, Norsafatul Aznin A. Razak dan Nor Hasbuna Salleh. (2013). Kecerdasan emosi dalam meningkatkan keperibadian remaja. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia, 1(3).

Insitute for Public Health (IPH). (2017). National Health and Morbidity Survey 2017 (NHMS 2017): Adolescent Mental Health (DASS

. http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS 2017/pdf. [2 April 2019].

Melissa Edora Sanu & Balan Rathakrishnan, (2019). Strategi daya tindak sebagai mediator dalam hubungan kecerdasan emosi dan

kesejahteraan psikologi pelajar miskin di luar bandar sabah. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 14(1), 9-15.

Downloads

Published

2024-07-06
Total Views: 546 | Total Downloads: 417