PENDEKATAN PSIKOPENDIDIKAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

Authors

  • Fatin Athirah Azman, Salleh Amat, Khadijah Hashim, & Tee Yin Ai Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/sapj.v7i2.5233

Keywords:

Psikopendidikan, PPKI, Kemahiran Sosial, Kemahiran Psikomotor, Kesedaran Pengurusan Diri

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pendidikan psiko dalam kaunseling kelompok untuk meningkatkan kemahiran sosial, kemahiran psikomotor dan kesedaran dari aspek pengurusan diri pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah fenomenologi dan menjalankan empat kali sesi kaunseling kelompok. Sample kelompok terdiri daripada 13 orang pelajar PPKI. Kesemua pelajar mempunyai perbezaan kecacatan iaitu autisme dan masalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan ahli kelompok semakin terbuka dan selesa untuk berinteraksi sepanjang kelompok psikopendidikan dijalankan. Penerapan elemen elemen kaunseling kelompok pendidikan psiko untuk meningkatkan kemahiran interaksi sosial pelajar dilihat berjaya membantu pelajar untuk berani membuat pendedahan kendiri dan berinteraksi. Pelajar juga mampu membuat pendedahan kendiri berkaitan pengurusan diri sekaligus dapat mengetahui tahap kesedaran pengurusan diri bagi setiap pelajar. Perubahan dalam kemahiran psikomotor melalui pendidikan psiko ini memberi implikasi kepada guru PPKI untuk menjalankan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Oleh itu, kelompok psikopendidikan ini perlu dijalankan secara berkala untuk mendapatkan hasil yang optimum dan berpanjangan.

References

Ana Farida, & Masruroh Hasyim. (2018). Pengaruh Family Psikoedukasi Terhadap Peningkatan Self Care dalam Merawat Anak Thalasemia. Jurnal Ners dan Kebidanan, 5(1), 1-5.

Berk, L. E. (2017). Development Through the Lifespan. Edisi ke-9. New York: Pearson.

Borhannudin Abdullah & Wan Nomi Wan Omar. (2018). The Importance of Early Intervention Programs on the Development of Special Needs Individual. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 8(12), 510-516.

Jabatan Pendidikan Khas. (2015). https://www.moe.gov.my/index.php/pendidikan-khas/program- pendidikan-khas-integrasi/4216-tujuan-program

Kamala Ratnam, Aliza Alias & Hasnah Toran. (2018). Pengetahuan dan Amalan Aktiviti Perbualan Pagi oleh Guru Prasekoah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PPKBP). Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(3), 59-66.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah. (Kp (Bpshspdk) 201/005/02 Jld.4(5)).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Pendidikan Awal Kank-kanak. Kuala Lumpur.

Neda Deylami. (2016). Dyadic Effect of Gottman’s Psycho-Educational Intervention and Mediated Effect of Adult Attachment Style on

Marital Communication Among Iranian Couples in Shiraz, Iran. Universiti Putra Malaysia.

Rohaida Bakar. (2017). Efikasi Kendiri, Sikap, Kesediaan dan Cabaran Menjalankan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Klien Berkeperluan Khas. Universiti Sains Malaysia.

Norafifah Bali & Mohamad Hashim Othman. (2017). Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Program Pendidikan Khas Integrasi. Asian Social Work Journal, 2(2),1-10.

Noor Izzaidah Noramy & Siti Marhamah Kamarul Arifain. (2017). Perbezaan Kemahiran Motor Berdasarkan Jantina Dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah dengan Menggunakan Movement Assessment Battery for Children (MABC). Jurnal

Sains Sosial, 2, 25-35.

Downloads

Published

2024-07-06
Total Views: 371 | Total Downloads: 375