PENGARUH EMOSI DAN EFIKASI DIRI TERHADAP KETAGIHAN BERULANG DALAM KALANGAN ORANG DIPAROL (ODP) DI MALAYSIA

Authors

  • Hamidah Razali Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Melaka, Pusat Islam Melaka
  • Tuan Norbalkish Tuan Abdullah Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah
  • Jusiah Idang Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/sapj.v13i1.5263

Keywords:

emotion, self-efficacy, relapse, parolee

Abstract

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh emosi dan efikasi diri terhadap penyalahgunaan bahan berulang (relapse) dalam kalangan Orang diParol (ODP) di Pejabat Parol di Malaysia. Kajian ini juga turut dijalankan dengan membuat analisa deskriptif berdasaran demografi klien serta menggunakan kolerasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara dua pemboleh ubah bebas dan satu pemboleh ubah terikat. Selain itu, ia turut melihat pengaruh antara pemboleh ubah yang disenaraikan. Seramai 97 orang responden telah dipilih berdasarkan sampel rawak terdiri daripada mereka yang berada di pejabat parol. Kajian berbentuk tinjauan dengan reka bentuk kuantitatif dijalankan dengan menggunakan tiga instrumen iaitu Drug Abuse Screening Test (DAST-20) bagi yang mengukur kecenderungan penglibatan anda dengan pengambilan dadah. Kedua,  Emotional Regulation Questionnaire (ERQ; Gross & John, 2003) direka untuk menilai dan mengukur dua strategi pengawalan emosi iaitu pengalaman emosi dan ekspersi emosi. Terakhir, Drug-Abstinence-Self-Efficacy-Scale (DASES). menilai tahap keyakinan (efikasi kendiri) untuk menentang penggunaan dadah dalam situasi tersebut. Hasil dapatan yang diperolehi di analisis menggunakan aplikasi perisian IBM SPSS Statistics versi 29.0. Analisis deskriptif merangkumi min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan di jalankan untuk memperolehi data demografi responden. Korelasi Pearson dijalankan untuk mengkaji hubungan emosi dan efikasi diri terhadap relapse. Hasil analisis menunjukkan terdapat kolerasi negatif yang tidak signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah dengan r (emosi) =-0.096 dan p<.05 (2-tailed). Nilai p (emosi)=0.350 dan r (efikasi diri) = -0.014 dan p <.05 (2-tailed). Nilai p (efikasi kendiri) = 0.894 dengan penyalahgunaan dadah. Hasil analisis regresi yang dijalankan mendapati emosi dan efikasi kendiri tidak mempunyai kesan signifikan terhadap penyalahgunaan dadah berulang dengan (β =0.355 dan 0.923,p >.05). Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai Beta (β) = 0.894 dan nilai p > 0.05. Ini bermakna, hasil kajian tidak signifikan, efikasi kendiri tidak berperanan sebagai faktor pencegahan terhadap penyalahgunaan dadah berulang. Kajian ini di harap dapat membantu setiap  pihak yang terlibat dalam program rawatan dan pemulihan penagihan dadah secara langsung mahupun tidak langsung melalui penambahbaikan modul atau program rawatan dan pemulihan sedia ada.

 

Kata Kunci: Emosi, Efikasi Kendiri, Penyalahgunaan Dadah Berulang, Orang Diparol (ODP)

References

Abolghasemi, A., & Rajabi, S. (2013). The Role of Self-regulation and Affective Control in Predicting Interpersonal Reactivity of Drug Addicts. International Journal of High-Risk Behaviors & Addiction, 2(1), 28–33. https://doi.org/10.5812/ijhrba.9919

Al-Ziadat, M. A. (2024). Do Social Support and Self- Efficacy Play a Significant Role in Substance Use Relapse? Health Psychology Research, 12. https://doi.org/10.52965/001c.94576

Craig, H. (2019, January 30). The Theories of Emotional Intelligence Explained. PositivePsychology.com. https://positivepsychology.com/emotional-intelligence-theories/

Glassman, L. H., Weierich, M. R., Hooley, J. M., Deliberto, T. L., & Nock, M. K. (2007). Child Maltreatment, Non-Suicidal Self-Injury, And the Mediating Role of Self-Criticism. Behaviour Research and Therapy, 45(10),2483–2490. https://doi.org/10.1016/j.brat.2007.04.002

Ibrahim, F., Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib, & Mohamad Shatar Sabran. (2012). Penagih Dadah dan Keadaan Berisiko Tinggi Kembali Relapse. 7(1), 12.

Ibrahim, F., Hassan, N., Zakaria, E., Shahrazad, W., Mohammad Rahim Kamaluddin, & Nurulatiqah Yunos. (2023). Hubungan antara Efikasi Diri dan Situasi Berisiko Tinggi Relapse Dalam Kalangan Banduan Dadah. UKM Journal Article Repository (Universiti KebangsaanMalaysia), 20(1). https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.19

Laman Web Rasmi Agensi Anti Dadah Kebangsaan – AADK. (n.d.). https://www.adk.gov.my/

Muhd Rashid Rajuddin, & Muhd Fa’iz Ahmad. (2011). Pengharapan Pelatih Pusat Serenti terhadap Latihan Vokasional di Pusat Serenti Tampoi, Johor.

Mat Said, M. H., Paridah Mohd Ali, Fara Hazlini Mohd Som, Siti Norni Mohd Daud, & Nur Azila Osman. (2021). Faktor Faktor yang Mempengaruhi Relapse Orang Kena Pengawasan (OKP) dalam Penagihan Dadah : Kajian Kes Di Felda Keratong. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 23–28. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(s2).6246

Nikmanesh, Z., Baluchi, M. H., & Pirasteh Motlagh, A. A. (2016). The Role of Self-Efficacy Beliefs and Social Support on Prediction of Addiction Relapsee. International Journal of High-Risk Behaviors and Addiction, 6(1). https://doi.org/10.5812/ijhrba.21209

Ruhani Mat Min, Mohamed, A., & Nor Ezdianie Omar. (2012). Keperibadian dan Sokongan Sosial Penghuni PUSPEN: Implikasi Terhadap Program Pemulihan. Jurnal Kemanusiaan, 10(2).

Published

2025-06-01
Total Views: 27 | Total Downloads: 1