Kajian Permasalahan yang Dihadapi oleh Pelajar- Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Mersing Berasaskan Senarai Semak Mooney: Satu Kajian Lanjutan

Authors

  • Azizi Yahaya, Koay Ting Yin, Ismail Maakip, Peter Voo Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah
  • Sabihah Binti Sapuan Sk Sawah Dato’, Mersing

Keywords:

Pencapaian Akademik, Permasalahan Agama dan Moral dan Kerjaya

Abstract

Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat permasalahan yang paling utama, pencapaian akademik pelajar dalam PMR serta mengenal pasti perbezaan permasalahan yang dihadapi berdasarkan demografi pelajar. Kajian dilakukan ke atas 186 orang responden menggunakan soal selidik yang diterjemah daripada MPCL yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A melibatkan demografi pelajar dan bahagian B melibatkan maklum balas pelajar terhadap elemen permasalahan. Maklum balas yang diterima dianalisis
menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta statistik inferensi seperti ujian-t telah digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah α = .895. Hasil kajian menunjukkan
tahap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah daerah Mersing berada pada tahap sederhana (min = 3.20). Permasalahan akademik dan kerjaya merupakan permasalahan yang paling utama (min = 3.82) serta tidak terdapat perbezaan
permasalahan pelajar mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah tetapi terdapat perbezaan permasalahan agama dan moral mengikut bangsa (k = .01 < α = .05) dan terdapat perbezaan permasalahan persekolahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang
dikaji mengikut jantina (k = .004 < α = .05) dan lokasi sekolah (k = .002 < α = .05). Ini bermakna pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah menengah daerah Mersing perlu dibantu bagi mengurangkan permasalahan akademik dan kerjaya, serta tumpuan boleh diberi bagi permasalahan agama dan moral mengikut bangsa dan persekolahan mengikut lokasi sekolah.

References

Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli, Abdul Latif Ahmad, & Zurhana Muhamad (2007). Buli. Skudai: Penerbit UTM.

Azizi Yahaya, Fawziah Yahya, Zurihanmi Zakariya, & Nordin Yahaya (2005). Pembangunan Kendiri. Skudai: Penerbit UTM.

Azizi Yahaya, & Shahrin Hashim. (2007). Pendidikan Kekeluargaan. Skudai: Penerbit UTM.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam pendidikan; teori,

analisis dan Interpretasi data. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Bhasah Abu Bakar. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Edisi Kedua. Tanjong Malim: Quantum Books.

Brammer, R dan Faee Chen, Ching. (t.t) The Effect Of Expanding Gender Roles On Behavioral Problems: A Comparison Of Female College Students In Taiwan. Retrieved from: www.multiculturaljournal.com/current/brammer2.html

Erikson, & Erik H. (1968). Identity Youth and Crisis. W. W. Norton & Company.

Fennema, E.H., & Sherman, J.A. (1978). Sex-related differences in mathematic achievement and related factors: A further study. Journal for research in Mathematic Education, 9, 355-360.

Fritz, G. (1995). Child, adolescent depression distinct from the adult version. The Brown University Child and Adolescent Behavior Letter, 11, 1-3.

Hasan Ali. (1999). Kaedah Mendidik Remaja Kini. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Hasnah Hamzah. ( 2007). Hubungan Kategori Masalah Dengan Demografi Pelajar- pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Zon Pasir Guda Berasaskan “Mooney Problem Check List”. Tesis Ijazah Sarjana Psikologi Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail Ahmad. (2000). Satu Tinjauan Mengenai Kategori-kategori Masalah di kalangan Pelajar pelajar di Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru, Johor. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Shah Alam : Penerbit Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Jessor, R., & Jessor, S. L. (1977). Problem behaviour and psychosocial development: A longitudinal study of youth. New York:Academic.

Johnson, J. (1989). Effects of sucessful female role model on young woman's attitude toward traditionally male careers. Paper presented at the annual conference of the association for Educational Comunication and Technology, Dallas T.X

Lamarine, R. (1995). Child and adolescent depression. Journal of School Health, 65, 390-394.

Lewinsohn, P. M., Clarke, G. N., Hops, H., & Andrews, J. (1990). Cognitive behavioral treatment for depressed adolescents. Behavior Therapy, 21, 385-401.

Downloads

Published

2024-07-26
Total Views: 25 | Total Downloads: 18