Perbaikan Tingkah Laku Bermasalah Kanak-Kanak Sekolah Rendah Melalui Terapi Kognitif–Tingkah Laku
DOI:
https://doi.org/10.51200/sapj.v5i1.5300Keywords:
perbaikan, tingkah laku, peminggiran, pencapaian sederhana, Kognitif Tngkah Laku, motivasi, keibubapaanAbstract
Kajian ini berasaskan masalah peminggiran yang dilakukan oleh pentadbir sekolah rendah terhadap murid-murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan rendah. Sekolah yang dijadikan sampel dalam kajian ini menjalankan sistem pengaliran dengan ketat dan pada masa yang sama memberi perhatian khas kepada murid-murid yang dijangka mendapat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Pendekatan Terapi Kognitif-Tingkah laku (Cognitive-Behavioral Therapy) Model Kajian Tindakan Kaunseling Elliot (1991) telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 50 orang murid terpinggir telah diberikan perhatian melalui bimbingan kerja rumah, kaunseling individu, kaunseling kelompok, terapi muzik dan lukisan, serta mengikuti kem motivasi pada hujung minggu. Pada masa yang sama, ibu bapa murid turut diberikan khidmat kaunseling secara kelompok dan individu serta
bimbingan keibubapaan. Dalam tempoh tiga bulan program ini dijalankan, didapati terdapat peningkatan yang ketara bagi konsep kendiri kanak-kanak, tingkah laku masteri dalam bilik darjah dan pencapaian murid yang lebih memberansangkan dalam tiga subjek yang diukur, iaitu, bacaan, matematik dan Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid yang mempunyai pencapaian sederhana dalam pelajaran di sekolah boleh mengalami penambahbaikan tingkah laku dan peningkatan pencapaian akademik jika diberi perhatian sewajarnya. Ini juga boleh menolak tanggapan bahawa golongan murid yang sederhana pencapaian mereka dalam akademik merupakan kumpulan kanak-kanak yang boleh mencacatkan reputasi keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
References
Battle, J. (1981). Culture-free : Self-Esteem Inventories for children and adults. Seattle:
Special Child Publication.
Baumrind, D. (1966). Effects of authoritative parental control on child behavior. Child
Development, 37 (4) ; 887-907.
Baumrind, D. (1967). Child-care practices anteceedings: Three patterns of preschool
behavior. Genetic Monograph, 75; 43-88.
Beck, A.T. (1976). Cognitive therapy and emotional disorders. NY: International Universities
Press
Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development. Experiments by nature and
design. Massachusetts: Harvard University Press.
Bradley, R. & Corwyn, R. (2002). Socioeconomic status and child development. Annual
Review of Psychology, 53 (1); 371-375.
Chao, R.K, (2001). Extending research on the consequences of parenting style for Chinese
Americans and European Americans. Child Development, 72 (6) ;1832-1843.
Chen, X., Dong, Q., Zhou, H. (1997). Authoritative and authoritarian parenting practices and
social and
school performance in Chinese children. International Journal of
Bahavioral Development, 21 (4); 855-873.
Clarke, G.N., Hawkin, M. Murphy, W. & Seeley, J.R. (1995). Targeted prevention of unipolar
depressive diaorder in an at-risk sample of high school adolescents: A randomized
trial of of a group cognitive intervention. Journal of the American Academy and
Adolescents Psychiatry, 34 (3); 312-321.
Campbell, D.T. & Stanley, J.C. (1963). Experimental and quasi-experimental designs for
research. Boston: Houghton Mifflin.
Cook, T.D, & Campbell. D.T. (1979) Quasi-experiumental: Design & analysis for field
settings. Boston: Houghton Mifflin Company.
Darling, N. & Steinberg, L. (1993). Parenting style as context. An integrative model.
Psychological Bulletin, 113; 487-496.
Dekovic, M. & Janssens J.M.A.M. (1992). Parent-child rearing styles and child’s sociometric
status. Developmental Psychology, 28 (5) ; 925-932
Elliot, J. (1991). Action research for educational change. Milton Keynes: Open University
Press.
Ellis, A. (1967). A new guide to rational living. NY: John Wiley & Son
Ellis, A. (1967). Rationale-emotive psychotherapy. In D. Arbuckle (Ed.), Counselling and
psychotherapy. NY: McGraw Hill.
Esposito, C (1999). Learning in urban blight : School climate and its effect on the school
performance of urban minority, low-income children. School Psychology Review, 28
(3); 363-377.
Eysenck, H. (1960). Behavior therapy and the neuroses. Pergamom : Oxford.
Fincham, F.J., Hokoda, A. & Sanders, Jr. R. (1989). Learned helplessness. A test anxiety and
academic achievement. A longitudinal analysis. Child Development, 60; 138-145.
Finn, J.D, Pannozzo, G.M. & Voekl, K.E. (1995). Dsiruptive and inattentive-withdrawn
behavior and achievement among fourth graders. The Elementary School Journal,
; 421-454.
Freeman, A., & Greenwood, V. (Eds.) (1987). Cognitive therapy : Application in psychiatric
and medical settings. NY: Human Sciences Press.
Fremont, W.P. (2003). School refusal in children and adolescents. American Family
Physician, 15, 68 (8); 1556-1561.
Gamoran, A & Mare, R.D. (1989). Secondary school tracking, educational and inequality.
Compensation, reinforcement, or neutrality? American Journal of Sociology, 94;
-1183.