Perkaitan antara Perapatan Ibubapa dan Rakan Sebaya dengan Penglibatan Remaja dalam Penyalahgunaan Dadah di Sabah

Authors

  • Azahar Che Latiff, Balan Rathakrishnan, Norhamidah Jarimal@Safri, Siti Noor Fazariah Suis@Mohd Rusdy & Surianti Lajuma Universiti Malaysia Sabah

Keywords:

Perapatan, Ibubapa, Rakan Sebaya, Remaja, Penyalahgunaan Dadah

Abstract

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja pada masa kini bukan lagi suatu masalah yang harus dipandang ringan oleh semua masyarakat. Fenomena dan keadaan ini menjadi satu masalah yang getir dalam melihat kemajuan dan perkembangan remaja masa kini. Penglibatan remaja dalam masalah ini bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial mereka, malah ianya turut merangkumi aspek keruntuhan moral dan akhlak. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengkaji perkaitan antara perapatan ibubapa dan rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam penyalahgunaan dadah. Kajian ini adalah berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Responden yang terlibatkan dalam kajian ini adalah seramai 533 orang yang terdiri daripada kalangan remaja lelaki dan perempuan. Tempat kajian adalah di tiga klinik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sabah iaitu AADK Sandakan, AADK Tawau, dan AADK Kota Kinabalu. Pemilihan resoponden adalah mereka yang telah dikenalpasti pernah mendapatkan rawatan di Klinik AADK bagi kawasan tersebut. Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian korelasi untuk melihat hubungan dan ujian ANOVA sehala bagi melihat perbezaan antara pembolehubah. Hasil kajian menunjukkanterdapat hubungan yang signifikan antara perapatan ibubapa dan rakan sebaya dengan penglibatan remaja dalam
penyalahgunaan dadah. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan penyalahgunaan dadah mengikut kawasan dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan penyalahgunaan dadah mengikut umur. Implikasi dan cadangan untuk kajian akan datang turut dicadangkan.

References

Carol, K. M. (1998). A cognitive-behavioral approach: Treating cocain addiction. Rockville: National Institute on Drug Abuse.

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic motivation and self-determination in human behaviour. New York: Plenum.

Elder, G. H., Jr. (1998). The lite course as developmental theory. Child Development, 69, I, 1-12.

Gau, S. S., Chong, M., Yang, P., Yen, C., Liang, K., & Cheng, A. T. (2007). Psychiatric and psychosocial predictors of substance use disorder among adolescent: Longitudinal study. British Journal of Psychiatry, 190, 42-48.

H.M. Abdullah Al-Hadi (1993). Faktor-faktor keluarga dan tingkah laku penyalahgunaan dadah: Satu kajian perbandingan antara penyalahguna dadah dengan bukan penyalahguna dadah. Pertanianj. Soc. Sci. & Hurn. 1(1): 41-55

Hall, G. S. (1904). Adolescence: Its psychology and its relation to physiology, anthropology, sociology, sex, crime, religion, and education (Vols. I & II). New York: D. Appleton & Co.

Harvey A. Skinner. (2009). Drug Use Questionnaire (DAST-10). Department of Public Health Services at the University of Toronto, and the Centre for Addiction and Mental Health, Toronto, Canada.

Hoffman, L. (1996). Progress and problems in the study of adolescence.Developmental Psychology, 32, 777-780.

Klausmeier, Herbert J.; Feldman, Katherine V. (1975). Journal of Educational Psychology, Vol 67(2), 174-178.

Mahmood Nazar, M. (2009). Penyalahgunaan Dadah Aspek Undang-undang, Pemulihan, Rawatan & Pencegahan. Selangor: Edusystem Sdn.Bhd.

McCrady, B. S. (2004). To have but one true friend: Implication for practise of research on alcohol use disorders and social networks. Psychology of Addictive Behaviours, 18, 113-121.

Miziker-Gonet, M. (2010). Counseling the adolescent substance abuser. New York: Sage Publication, Inc.

National Institute on Drug Abuse, National Institute of Health, and U.S. Department of Health and Human Services (2010). Commonly abused drugs.

Downloads

Published

2024-11-05
Total Views: 32 | Total Downloads: 42