KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN INSTRUMEN KOMUNIKASI SEKSUAL IBU BAPA DAN ANAK, PENGGUNAAN SEKS SIBER, PENGHARGAAN KENDIRI DAN SIKAP SEKSUAL: SATU KAJIAN RINTIS

Authors

  • Nurul Farhana binti Imran Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah
  • Norsimah Dasan Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/sapj.v13i1.5539

Keywords:

Kajian Rintis, Komunikasi Seksual, Seks Siber, Penghargaan Kendiri, Sikap Seksual

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen bagi mengukur komunikasi seksual ibu bapa dan anak, penggunaan seks siber, penghargaan kendiri, dan sikap seksual dalam kalangan remaja sekolah menengah di Sarawak. Peningkatan masalah seksual dalam kalangan remaja bawah umur di Malaysia mendorong kepada perlunya pengukuran yang tepat dan boleh dipercayai. Seramai 141 responden berumur 13 hingga 17 tahun terlibat dengan kajian ini dan tempoh umur ini adalah bersesuaian dengan teori perkembangan psikososial Erikson (1997) yang memberi fokus kepada kekeliruan dan pencarian peranan serta identiti dalam fasa perkembangan remaja. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 29.0. Hasil kajian menunjukkan instrumen komunikasi seksual ibu bapa mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, manakala instrumen penghargaan kendiri mencatat kebolehpercayaan yang lebih rendah. Walaupun beberapa item menunjukkan korelasi rendah, ia tetap relevan dalam memahami aspek sikap seksual remaja. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan lanjut terhadap instrumen bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan. Secara keseluruhan, dapatan ini memberikan asas yang berguna untuk memahami psikometrik pengujian instrumen yang bakal digunakan dalam kajian sebenar.

Published

2025-06-01
Total Views: 26 | Total Downloads: 13