Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sosial Penjagaan Warga Tua dalam Pelbagai Etnik di Sabah
Keywords:
Intergenerasi, Sokongan Psikologi dan Sokongan SosialAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara intergenerasi dengan sokongan psikologi dan sosial dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Terdapat tiga set soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent-Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) telah diadaptasi daripada versi Tahap Pertama The Parent- Child Interaction Questionnaire (PACHIQ) (Lange, Blonk & Wiers, 1998) bagi mengukur hubungan intergenerasi. Manakala soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng & Minoguchi (1989) digunakan bagi mengukur sokongan psikologi dan akhir sekali alat ukuran Social Support Questionnaire (SSQ) yang dibangunkan oleh Sarason, Levine, Basham (1983) digunakan bagi mengukur sokongan sosial. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan hubungan intergenerasi (r=.585, k<0.05) manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi sokongan psikologi dengan hubungan intergenerasi (r=.344,k>0.05). Kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan sokongan sosial sebagai aspek yang sederhana kuat berkorelasi dengan intergenerasi berbanding sokongan psikologi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul polisi berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN) yang perlu dilakukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara secara holistik dan bersepadu berkaitan aspek sosial dan psikologi bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua.
References
Abdul Aziz Jemain. (2001). Jaminan sosial warga tua.Universiti Kebangsaan Malaysia. Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Abd. Aziz. Abd. Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin. (2002). Kerja Sosial, Artikel-Artikel Pilihan. Utusan Publication dan Distrubution Sdn.Bhd. (Hlm 17).
Allen, S. M., Lima, J. C., Goldscheider, F. K., & Roy, J. (2012). Primary caregiver characteristics and transitions in community-based care. The Journals of Gerontology Series B: Psychological Sciences and Social Sciences, 67(3), 362-371.
Asnarulkhadi Abu Samah.(2006). Sokongan sosial warga tua: Satu kajian rol famili. Monograf Institut Gerantologi. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Chua,T.T (1988). Some myths and facts about the elderly. Jurnal Kebajikan Masyarakat, 8,1-5.
Cicirelli, V.G.(1983). Adult children and their elderly parents. Dlm. T.H. Brubaker (Eds.) Family relationship in later life. Beverly Hill, Calif.: Sage.
Cohen & Willis, (1985). A Quasi-experiment on the Effects Of Superordinate Categorisation on Liking of People from Other Nations. Psychology & Developing Societies, 20 (2), 183-208.
Dul, J. & Hak, T. (2008). Case study methodology in business research. British: Elsevier Ltd.
Fatimang L & Rahmah MA.(2011). Penjagaan pesakit strok: adakah ia satu bebanan? Apa yang penjaga persepsikan?, Journal of Community Health,17 (1), 32-41.
Fatimang Ladola, Rahmah Mohd Amin & Fatimah Abdullah. (2009). Penjaga wanita bagi warga tua pesakit strok di Bandar. Jurnal Pengurusan Sosial Malaysia, 6, 57-72.
Glenn, Norval D.; McLanahan, Sara. (1981). The effect of children on the psychological wellbeing of older adults. Journal of Marriage and Family, 43, 409-421.
Hashim Hj Yahya. (1989). Tanggungjawab ibubapa dan anak menurut Islam. Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar.
Horwitz, Allan V. (1993). Adult siblings as sources of social support for the seriusly mentally III. Test of the serial model. Journal of Marriage and The Family, 55, 623-632.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.(2006.) Profail Statistik 2006 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2005). Banci penduduk dan perumahan Malaysia 2000.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2010). Buletin perangkaan bulanan Malaysia September 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (1991). Laporan tahunan. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Khadijah Alawi, Nasrudin Subhi, Mohd Suhaimi Mohamad, Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon & Salina Nen. (2015). Peranan kesejahteraan dan daya tahan dalam pengukuhan keluarga Sandwich, Akademika, 85(1), 25-32.
Khadijah Alavi, (2012). Dilemma penjagaan ibu bapa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khadijah Alavi, Rahim M. Sail., Khairudin Idris & Asanarulkhadi Abu Samah. & Christine Chan. (2011). Keperluan sokongan emosi dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua. Jurnal e-Bangi, 6 (1), 102-114.
Khadijah Alavi. (2007). Pengalaman anak dewasa berpendapatan rendah yang menjaga ibubapa tua: Satu pendekatan berteraskan pendidikan komuniti. Kajian Malaysia,2.
Lange, A.(2001). The manual of the parent-Child Interaction Questionnaire-Reivised, PA-CHIQ-R.Houten:Bohn Straflue van Loghum.
Lee, Gary R. & Ellithorpe. E. (1982). Intergenerational Exchange and Subjective WellBeing among the Elderly. Journal of Marriage and the Family, 44,217-224.
Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif pengenalan kepada teori dan metod. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
Pala, J.(1998). Warga tua dan penuaan penduduk di Malaysia. Siri monograf Banci penduduk no.4. Kuala Lumpur : Jabatan Perangkaan Malaysia.
Sarason, I.G., Levine, H.M., Basham, R.B. & Sarason, B.R. (1983). Assessing social support: The Social Support Questionnaire. Journal of Personality and Social Psychology, 44,83.
Siti Hajar Abu Bakar, Fatimah Abdullah, Noralina Omar & Nur Saadah Mohamad Aun. (2012). Keperluan program sokongan sosial untuk penjaga tidak formal di Malaysia, Sarjana, 27(1), 59-71.
Social Policy in Malaysia. (2008).A study of social support for the elderly in a rural area. Institut Sosial Malaysia: Kuala Lumpur.
Rasha Aziz Attia Salam & Faiza Ahmed Abou El-Soud. Caregiver burden from caring for impairedelderly : A cross-sectional study in rural lower Egypt. Italian Journal of Public Health, 9(4), 22-31.
United Nations. (2002). World population Ageing 1950-2050. New York : DESA, United Nations.
Wan Ibrahim Wan Ahmad. (2003). Penjagaan warga tua dalam budaya Melayu di Malaysia: Kes masyarakat desa di Kelantan. Malaysia Jurnal of Social Admistration. Vol 2, 81-103.