PENERIMAAN EMOSI DALAM KALANGAN IBU TUNGGAL DI SABAH
DOI:
https://doi.org/10.51200/sapj.v14i1.7874Keywords:
Kecerdasan Emosi, Ibu Tunggal, kemahiran Penerimaan EmosiAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penerimaan emosi dalam kalangan ibu tunggal di Sabah menggunakan analisis deskriptif. Seramai 170 orang responden telah terlibat. Alat kajian yang digunakan adalah Personal and Social Competence Scale (PcSc Scale) mengandungi 67 item yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemahiran personal dan juga kemahiran sosial. Alat kajian ini menggunakan skala Likert 5 iaitu daripada skala sangat rendah kemahiran sehingga sangat tinggi kemahiran. Dapatan menunjukkan majoriti responden berada pada tahap penerimaan emosi sederhana tinggi hingga tinggi, dengan lebih 70% memperoleh skor melebihi 3.75. Keputusan ini menunjukkan bahawa kebanyakan ibu tunggal mempunyai keupayaan yang baik dalam mengenali, memahami dan menerima emosi walaupun berdepan pelbagai cabaran kehidupan.

