PERSPEKTIF PENGGUNA SABAH TERHADAP TAHAP ALAM SEKITAR

Authors

  • Mohd Hamdan Adnan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
  • Diana Demiyah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v23i.1125

Keywords:

Alam sekitar, kerajaan, keselamatan, kepenggunaan, kesihatan, media massa, NGO, pencemaran, pendidikan alam sekitar. ~ Environment, government, safety, consumerism, health, mass media, pollution, environmental education.

Abstract

Tinjauan ini bertujuan mengenal pasti sikap, tahap pengetahuan dan tanggapan pengguna Sabah terhadap isu alam sekitar di pelbagai peringkat. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan pendapat dengan pemilihan responden daripada masyarakat tempatan secara rawak. Instrumen dipakai ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada khalayak tuju oleh pelajar tahun akhir Program Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah. Respons yang diterima sebilangan besarnya adalah daripada kaum muda yang berpelajaran dengan pihak wanita melebihi lelaki. Lazimnya, kajian ini mendapati bahawa umumnya responden sedar mengenai masalah alam sekitar dan punca kejadiannya. Bagi mereka, masalah alam sekitar paling teruk di Sabah ialah pencemaran air, diikuti oleh pencemaran udara, tanah dan kebisingan. Punca pencemaran berlaku penyebab utama disalahkan oleh responden ialah masyarakat sendiri dan dituruti oleh tindakan perseorangan yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Responden cukup mementingkan pendidikan alam sekitar sebagai penyelamatnya. Namun begitu, mereka sangat pesimistik terhadap kejayaan usaha menyelamatkan kesejahteraan alam sekitar. Bagaimanapun, mereka tetap memohon supaya semua pihak bersatu untuk menjamin alam sekitar agar tidak terus terancam. Responden juga mahukan pihak media supaya lebih aktif dalam aspek pendidikan alam sekitar, terutamanya dari internet. Suatu penemuan yang menarik ialah sumber maklumat alam sekitar dari badan bukan kerajaan adalah lebih diyakini daripada yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan walaupun responden lebih menerima bahan alam sekitar daripada agensi kerajaan.

 

The study is to determine the attitude, level of knowledge and perception of consumers in Sabah regarding consumer issues at all levels. The study used is opinion survey with respondents selected at random from the local community. The instrument of the opinion survey was prepared questionnaires distributed by the Universiti Malaysia Sabah Final Year Communication students. A bulk of the survey response was from the better educated younger generation with more females responding. In general, the findings showed that respondents were aware of the environmental problems and believe that Sabah environment is the cleanest compared to other states in Malaysia and globally. To them the worse environmental issues in Sabah is water pollution, followed by air pollution, land pollution and noise pollution. They blamed society as the main cause of pollution and irresponsible individuals who are not sensitive to the environmental destruction. The respondents believe that the best way to protect the environment is through consumer education. However, they were not too optimistic about the ability of the authorities to resolve the environmental issues without the support of the business communities and the consumers at large. The respondents want the media to be more active in environmental education as well as exposing culprits who are harming the ecology. Interesting findings are that respondents tend to believe literature on the environment produce by nongovernmental organizations or NGOs than the ones published by government agencies. Respondents also would like government agencies to work with NGOs and the business communities to enhance environmental protection.

References

Ahmad, J. 2012. Amalan Mesra Alam: Kajian Pengetahuan Alam Sekitar di Sabah dan Sarawak.

Jamilah, A., Hasrina, M., Hamidah, A. H, & Juliana, A. W. 2011. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakyat Malaysia Terhadap Isu Alam Sekitar. 103-115.

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong. 2006. Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Falkuti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Mohamad, S. Y. C. N. & Mazdi, M., 2008.Kajian Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Lembah Bernam (tanjong Malim).

Mohd Hamdan Haji Adnan. 1986. Islam dan Kepenggunaan. Dewan Budaya, 01/08/1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Hamdan Adnan. 1993. Mengukuhkan Hubungan Antara Liputan Media Dan Pasaran Ekonomi Bebas Berkenaan Dengan Alam Sekitar. Sasaran Volume 3 Issue 1. Shah Alam: School of Mass Communication, Institut Teknologi Mara.

Mohd Hamdan Adnan. 1993. Environmental Policies & Media Reporting In Malaysia. Forum Komunikasi Volume 1 1993. Shah Alam: School of Mass Communication, Institut Teknologi Mara.

Mohd Hamdan Adnan. 1994. Konsep Asas Kepenggunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Hamdan Adnan. 1994. Menggalakkan Kepenggunaan Hijau. Dewan Masyarakat, Jun 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Hamdan Haji Adnan. 1997. Penggunaan Lestari Mengelakkan Kemusnahan Alam Sekitar. Dewan Siswa, 01/04/1887. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Hamdan Adnan. 2001. Petaka Alam: Hasil Gelojoh Dan Salah Urus Manusia. Dewan Budaya, March 2001. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Yusof Hj Othman. 2010. Media dan Isu Alam Sekitar. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 1-17.

Sabri, M. F., & Yong, T. Y. 2006. Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya Selangor. 95-109.

Downloads

Published

2020-07-23

How to Cite

Adnan, M. H., & Demiyah, D. (2020). PERSPEKTIF PENGGUNA SABAH TERHADAP TAHAP ALAM SEKITAR. Jurnal Kinabalu, 23. https://doi.org/10.51200/ejk.v23i.1125
Total Views: 5797 | Total Downloads: 12628