EKONOMI TIDAK FORMAL DAN DINAMIKA PERBURUHAN DI SEMPADAN MALAYSIA ­INDONESIA: KAJIAN KES DI PULAU SEBATIK

Authors

  • Fauzie Sarjono

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1659

Keywords:

Ekonomi tidak formal, dinamika perburuhan, sempadan

Abstract

Abstrak

Marx berhujah bahawa hanya buruh yang mampu mencipta nilai lebihan atau disebut juga sebagai keuntungan dalam proses pengeluaran lebihan, ataupun keuntungan dalam proses pengeluaran. Hujah tersebut mendukung kewujudan fenomena lambakan buruh di sempadan Malaysia ­Indonesia yang membawa kepada kedinamikan pasaran buruh dalam ruang ekonomi tidak formal. Trend ekonomi dunia yang akhirnya mewujudkan segmentasi dan pemisahan ruang ekonomi dalam pekerjaan, mewujudkan hubungan kelas pekerja yang dinamik, kompleks dan pelbagai coraknya dalam pasaran buruh. Fenomena kebergantungan kepada barangan antara kedua negara Malaysia­Indonesia mencipta kewujudan aktiviti ekonomi tidak formal yang heterogenus sifatnya. Malah, fenomena itu juga mendukung kewujudan corak perburuhan dan buruh yang dinamik. artikel ini merungkai hubung kait di antara corak ekonomi tidak formal di sempadan dengan kewujudan perburuhan yang dinamik, kompleks dan fleksibel dari sudut pandang hubungan pekerjaan. Perbahasan teori dan pendekatan dalam memahami disiplin ilmu ekonomi tidak formal sehinggalah dapatan lapangan menjadi tunjang kepada perbincangan utama dalam artikel ini. Dapatan kajian ini menjelaskan kedinamikan yang ditunjangi oleh kerencaman sempadan. Hasilnya, dinamika perburuhan ini dilihat sebagai satu perkara yang berada di luar batasan buruh formal. Jaminan pekerjaan yang tidak dinyatakan, jam masa bekerja yang anjal serta kaedah upah yang bersifat kepercayaan setempat meletakkan fenomena ini sebagai dinamik sifatnya.

Author Biography

Fauzie Sarjono

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

Sarjono, F. (2018). EKONOMI TIDAK FORMAL DAN DINAMIKA PERBURUHAN DI SEMPADAN MALAYSIA ­INDONESIA: KAJIAN KES DI PULAU SEBATIK. Jurnal Kinabalu, 24. https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1659
Total Views: 1043 | Total Downloads: 2455