IKONOGRAFI MOTIF PADA SENJATA TRADISIONAL GAYANG ETNIK BAJAU SAMA DI KOTA BELUD

Authors

  • Mohd Farit Azamuddin Musa
  • Humin Jusilin

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1664

Keywords:

Ikonografi, motif, senjata tradisional, kepercayaan, nilai budaya

Abstract

Abstrak
Etnik Bajau merupakan etnik kedua terbesar di Kota Belud. DI daerah ini, sebahagian petaninya menjalankan kegiatan pertanian dan penternakan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi kaum lelaki, senjata amat penting dalam kehidupan seharian kerana kegunaannya sebagai alat untuk memburu, bercucuk tanam dan utiliti harian. Jenis senjata yang dihasilkan ialah pida’ (parang pendek), guk (parang), lading (pisau), keris, kagayan (parang panjang), beladau (parang jenis sabit) dan gayang (pedang). Fungsi pida’, guk beladau dan lading lazimnya digunakan untuk aktiviti harian seperti bercucuk tanam dan memburu. Karis, kagayan, dan gayang pula digunakan sebagai alat untuk mempertahankan diri. Setiap senjata memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Walaupun begitu, setiap senjata yang ditempa boleh dimanipulasi sebagai senjata untuk melindungi diri daripada ancaman bahaya terutamanya daripada haiwan buas dan berbisa. Pelbagai jenis motif dan hiasan pada senjata melalui olahan idea yang diambil daripada persekitaran mereka. Tujuan kajian ini dihasilkan adalah untuk meneliti bentuk dan motif pada senjata tradisional dari segi visual dan istilahnya. Kajian lapangan (fieldwork) dijalankan di daerah Kota Belud khususnya di Kampung Siasai Jaya, Kampung Siasai Dundau, Kampung Siasai Kumpang, dan Kampung Tengkurus. Data yang diperolehi adalah berbentuk kualitatif dengan mengaplikasi indikator teori ikonografi daripada Panofsky (1939). Penelitian tentang data kajian melalui tiga peringkat iaitu identifikasi, analisis formalistik dan interpretasi makna. Motif yang dikenal pasti terbahagi kepada dua kategori iaitu bersifat organik dan geometri yang merangkumi motif flora, fauna, dan alam sekitar. Pengkaji juga melakukan pengesahan data bersama beberapa informan. Langkah ini bertujuan agar bentuk dan motif serta makna dalam nilai budaya etnik ini betul dan selaras dengan maklumat yang telah diberikan.

Author Biographies

Mohd Farit Azamuddin Musa

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Humin Jusilin

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

Musa, M. F. A., & Jusilin, H. (2018). IKONOGRAFI MOTIF PADA SENJATA TRADISIONAL GAYANG ETNIK BAJAU SAMA DI KOTA BELUD. Jurnal Kinabalu, 24. https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1664
Total Views: 1881 | Total Downloads: 1924