PENDIDIKAN ALTERNATIF SEBAGAI WADAH KETERANGKUMAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENDUDUK YANG TIADA KEWARGANEGARAAN DI PULAU MABUL, SABAH

Alternative Education as Channels for Social Inclusion among Non­Citizens People of Pulau Mabul, Sabah

Authors

  • Badariah Binti Saibeh

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1665

Keywords:

Pendidikan alternatif, keterangkuman sosial, tiada kewarganegaraan, hak asasi manusia, Alternative education, social inclusion, non­citizens, human rights

Abstract

Abstrak

Kajian ini meneliti hubungan antara kewarganegaraan dan kebolehcapaian terhadap pendidikan dalam kalangan penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Lokasi kajian adalah di Pulau Mabul, Sabah. Terdapat lebih daripada 80 Peratus penduduk Pulau Mabul yang mengalami masalah kewarganegaraan, seterusnya memberi kesan kepada kebolehcapaian terhadap pendidikan dan keterangkuman sosial. Pendidikan adalah hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Pendidikan untuk Semua. Namun, dalam konteks Malaysia, keperluan menegakkan hak asasi dan falsafah pendidikan untuk semua tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan ketetapan­ketetapan tertentu dalam perundangan kebangsaan ­ Akta Pendidikan 1996. Dalam artikel ini, falsafah ‘pendidikan untuk semua’ dalam konteks pendidikan untuk keterangkuman sosial diteliti melalui tiga dimensi iaitu sumber, keupayaan dan peluang. Sumber merupakan kemahiran dan aset yang dimiliki oleh seseorang. Keupayaan adalah kebolehan individu untuk menggunakan sumber dan peluang. Peluang pula adalah persekitaran yang membolehkan individu menggunakan keupayaan dan sumber untuk mencapai hasil yang diingini. Kerja lapangan telah dilakukan selama lebih kurang tiga bulan di Pulau Mabul yang melibatkan temu bual separa berstruktur dan pemerhatian ikut serta sebagai tenaga pengajar di pusat pembelajaran alternatif. Hasil kajian mendapati kebanyakan penduduk di Pulau Mabul mengalami masalah kewarganegaraan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, seterusnya memberi kesan kepada kebolehcapaian terhadap pendidikan dan keterangkuman sosial. Penemuan kajian juga menunjukkan bahawa ketidakbolehcapaian terhadap pendidikan formal menuntut penawaran pendidikan alternatif untuk mereka yang terkecuali daripada pendidikan formal. Maka, penduduk yang mengalami masalah kewarganegaraan mempunyai peluang boleh capai terhadap pendidikan. Justeru, kajian ini mencadangkan agar penawaran pendidikan alternatif diperbanyakkan supaya lebih ramai penduduk boleh capai terhadap pendidikan demi keterangkuman sosial dan kesejahteraan negara.


Abstract

This study examines the relationship between citizenship status and access to education amongst people who do not have proper identification documents in Mabul Island, Sabah. More than 80 per cent of its population do not have proper identification documents, making it difficult for them to confirm their citizenship. This affects their access to education and social inclusion. As stated in the UDHR 1948, CRC 1989 and EFA movement, education is a basic human right for every human being. However, in the Malaysian context, this basic human right cannot be fully implemented due to specific provisions in the national legislation on education. In this research, the ‘education for all’ philosophy in the context of education for social inclusion is examined through three dimensions – resources, capabilities and opportunities. Resources refer to the skills and assets possessed by an individual. Capabilities refer to the individual’s ability to use his/her resources and opportunities. Opportunities refer to the environment that enables the individual to use his resources and opportunities to meet his/her needs. Three-Month fieldwork of data collection was conducted in Mabul Island involving structured interviews, semi-structured interviews, observation and participant observation as a teacher at alternative learning centres (ALC). The study specifically examines the composition of the population in relation to their citizenship status, availability of education, access to education based on citizenship status, and the issue of education for social inclusion. Findings indicate that most residents face problems with citizenship status because they do not have official identification documents. This, in turn, affects their access to formal education. The findings reveal that non­access to formal education calls for the provision of alternative education for those excluded. This study proposes for ALCs to be increased so that education can be more accessible to everyone for the purpose of social inclusion and well­being of the country.

Author Biography

Badariah Binti Saibeh

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

Saibeh, B. B. (2018). PENDIDIKAN ALTERNATIF SEBAGAI WADAH KETERANGKUMAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENDUDUK YANG TIADA KEWARGANEGARAAN DI PULAU MABUL, SABAH: Alternative Education as Channels for Social Inclusion among Non­Citizens People of Pulau Mabul, Sabah. Jurnal Kinabalu, 24. https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1665
Total Views: 1921 | Total Downloads: 4274