KERANGKA KAJIAN PENYELIDIKAN PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM

Authors

  • Abdul Shukor Shamsudin
  • Abdul Rahim Othman
  • Khairol Anuar Ishak
  • Rosshairy Abd Rahman

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1680

Keywords:

Perkhidmatan sokongan kerajaan, pemerkasaan keusahawanan, ciri-ciri peribadi usahawan

Abstract

Abstrak
Artikel ini bertujuan untuk mengemukakan kerangka penyelidikan tentang hubungan antara perkhidmatan sokongan kerajaan dan pemerkasaan keusahawanan serta ciri-ciri peribadi sebagai penyederhana dalam hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut dalam kalangan pelajar universiti awam. Umumnya, cabaran utama bagi para graduan apabila menamatkan pengajian ialah untuk mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang pengajian mereka. Malah, kadar pengangguran dalam kalangan siswazah masa kini turut membimbangkan. Sebagai tindakan alternatif, pihak kerajaan amat menggalakkan supaya para pelajar diberi pendedahan tentang ciri-ciri keusahawanan semasa mereka masih mengikuti pengajian lagi. Pemerkasaan merujuk kepada sikap proaktif untuk berjaya dalam bidang ini. Selain daripada itu, perkhidmatan sokongan kerajaan amat diperlukan oleh semua usahawan dan PKS termasuk juga para pelajar yang menceburi bidang ini. Dapatan penyelidikan terdahulu membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Hasil penyelidikan ini dijangka dapat memberi sumbangan dalam usaha menanam minat supaya lebih ramai para graduan memilih keusahawanan sebagai pilihan kerjaya serta membantu mereka berjaya dalam bidang ini.

Author Biographies

Abdul Shukor Shamsudin

Universiti Utara Malaysia

Abdul Rahim Othman

Universiti Utara Malaysia

Khairol Anuar Ishak

Universiti Utara Malaysia

Rosshairy Abd Rahman

Universiti Utara Malaysia

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

Shamsudin, A. S., Othman, A. R., Ishak, K. A., & Abd Rahman, R. (2018). KERANGKA KAJIAN PENYELIDIKAN PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM. Jurnal Kinabalu, 24. https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1680
Total Views: 1880 | Total Downloads: 3297