IMEJAN HAIWAN DALAM KARTUN LERANG LANGKAWIT MELALUI PENDEKATAN IKONOGRAFI
THE IMAGES OF ANIMAL IN LANGKAWIT’S STRIP CARTOONS THROUGH IKONOGRAPHIC
DOI:
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1905Keywords:
Imej haiwan, kartun lerang, kartunis Langkawit, simbolik, alat kiasan, Sabah, Animal image, Strip cartoon, Langkawit cartoonist, symbolic, metaphorical toolsAbstract
ABSTRAK Penulisan Artikel ini bertujuan menganalisis fungsi imej haiwan dalam menghubungkaitkan isu-isu semasa melalui kartun lerang Langkawit. Skop kajian dihadkan kepada empat karya terpilih imej haiwan dalam kartun lerang mengikut tema. Kajian ini menggunakan pendekatan Erwin Panofsky (1955) dalam memahami lapisan makna karya kartun lerang oleh Langkawit, sekali gus mencapai objektif kajian. Maklumat berkaitan hasil daripada koleksi kartun Langkawit didapati melalui pengumpulan data primer dan sekunder menerusi Kadazandusun Language Foudation (KLF), bahan bercetak seperti rujukan perpustakaan dan Arkib Negeri Sabah. Hasil kajian ini mendapati bahawa imej haiwan dalam kartun lerang Langkawit mempunyai simbolik yang berfungsi untuk memberi gambaran atau kritikan tentang nilai-nilai sosiobudaya, pendidikan, alam dan politik. Saluran imej haiwan karya Langkawit ini juga menjadi alat kiasan dan komunikasi yang berfungsi menilai sesuatu isu, di samping menjadi senjata teguran khususnya di Sabah.
ABSTRACT This paper aims to analyze the function of animal images in linking current issues through Langkawit’s strip cartoons. The scope of the study is limited to four selected works of animal images in the cartoon by theme. This study adopts the approach of Erwin Panofsky (1955) in understanding the layers of the illustration of the cartoon by Langkawit as well as achieving the objective of the study. The information related to the Langkawit cartoon collection was obtained through primary and secondary data collection through Kadazandusun Language Foundation (KLF), printed materials such as library references and Sabah State Archives. The research findings demontrate that animal images in Langkawit’s strip cartoons convey some elements of symbolism, functioning to illustrate or criticize sociocultural values, education, nature, and politics. Langkawit’s animal images also serve as a communication and metaphorical tools that function to assess certain issues as well as a reprimand weapon, especially in Sabah.