PENGLIBATAN PEKERJA KURANG UPAYA DALAM PROGRAM RETURN TO WORK (RTW), PERKESO
THE INVOLVEMENT OF DISABLED WORKERS IN RETURN TO WORK (RTW) PROGRAM, PERKESO
DOI:
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1924Keywords:
Faktor-faktor kembali bekerja, pekerja kurang upaya, Program Return to Work (RTW), PERKESO, Factors of return to work, disabled workersAbstract
ABSTRAK
Kembali bekerja bagi pekerja kurang upaya bukanlah mudah disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah pandangan daripada pihak majikan, kemampuan mereka yang terhad dan keinginan mereka untuk bangkit semula selepas mengalami ketidakupayaan disebabkan kemalangan dan masalah kesihatan. Bagi membantu mereka mengatasi halangan tersebut, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah memperkenalkan Program Return To Work (RTW). Program ini bertujuan untuk membantu menguruskan penempatan pekerjaan bagi pekerja kurang upaya, sama ada kekal dengan majikan lama mahu pun kepada majikan yang baharu mengikut kesesuaian keadaan fizikal dan menguruskan rawatan penyembuhan. Di samping itu, Program RTW ini dapat menyediakan peluang pekerjaan bagi pekerja kurang upaya. Program RTW ini secara tidak langsung dapat membuka peluang baharu untuk mereka terus bekerja. Hasil kajian pengkaji-pengkaji lepas dalam dan luar negara menunjukkan bahawa mereka ini adalah golongan yang hidup dalam kemiskinan disebabkan tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Adakah perkara ini merupakan faktor utama untuk mereka kembali bekerja? Berdasarkan dapatan terhadap beberapa organisasi terpilih di Kota Kinabalu, pekerja kurang upaya ingin kembali bekerja adalah disebabkan tujuh faktor utama iaitu pendapatan, penyesuaian kerja dengan keadaan fizikal, sikap, kesihatan, polisi tempat kerja, kemudahan fizikal di tempat kerja dan hubungan di tempat kerja. Artikel ini akan mengupas setiap faktor pekerja kurang upaya mengikuti program RTW untuk kembali bekerja.
ABSTRACT
Return to work for disabled workers is not an easy thing to do for some reasons. Among them are the views of employers, their limited abilities and their desire to rise again after experiencing disability due to accidents and health problems. To help them cope with the obstacles, the PERKESO has introduced the Return To Work (RTW) program. The RTW program aims to help manage the placement of jobs for disabled people whether they want to stay with the previous employer or to the new employer according to their physical suitability and healing treatment management. Apart from that, through the RTW Program, job opportunities are provided for disabled people. Therefore, this RTW program is perceived to indirectly create new opportunities for them to continue working. The findings of previous researches from local and abroad indicate that these people are living in poverty because they have no fixed source of income. Is this a major factor for them to return to work? Based on the research findings on selected organizations in Kota Kinabalu, the disabled workers are ready to return to work due to seven key factors namely income, work adaptation with physical conditions, attitudes, health, workplace policies, physical facilities at work and workplace relationships. This paper will examine every factor of the disabled worker following the RTW program to return to work.