ARTIFAK BUDAYA MASYARAKAT IBAN: WARISAN DAN PUSAKA

CULTURAL ARTEFACTS OF THE IBAN: HERITAGE AND HEIRLOOM

Authors

  • GREGORY KIYAI @ KEAI Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, 94300 Universiti Malaysia Sarawak
  • NORIA TUGANG Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, 94300 Universiti Malaysia Sarawak

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v26i1.2261

Keywords:

Adat, budaya, Iban, pusaka, Sarawak , warisan, Custom, culture, heirloom, heritage

Abstract

Masyarakat Iban di Sarawak kaya dengan pelbagai warisan dan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang mereka. Kebudayaan Iban terdiri dari dua aspek yang berbeza iaitu ‘Warisan’ dan ‘Pusaka’. Warisan adalah merujuk kepada kemahiran tradisi, kepercayaan dan estetika seni dalam budaya yang ditinggalkan oleh Petara (Tuhan) kepada masyarakat Iban, manakala Pusaka adalah lebih kepada pemilikan individu dan bersifat materialistik semata. Namun demikian, kedua-dua elemen ini mempunyai signifikan yang sangat penting dalam budaya Iban hingga hari ini. Makalah ini memfokuskan kepada artifak budaya masyarakat Iban dan mengklasifikasikan terma warisan dan pusaka. Kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu kolektif memori dan temu bual bersama pakar budaya Iban digunakan sebagai metode utama kajian.

The Iban in Sarawak is abundantly rich with various heritage and cultures inherited from their ancestors. The Iban’s culture stands from two aspects which is Heritage and Heirloom. Heritage refers to the local skills, belief and aesthetic bestowed by the Petara (God) to the Iban. While Heirloom is the materialistic belongs to an individual. However, these two elements have great significance in Iban’s culture until today. This paper emphasizes on the cultural artefacts of the Iban and classified them into either Heritage and Heirloom. This research using a qualitative method which is a collective memory and interview with the expert in Iban culture.

References

Arwan Tuti Artha & Heddy Shri Ahimsa Putra. (2004). Jejak masa lalu: Sejuta warisan budaya. Yogyakarta: Kunci Ilmu.

Burhanuddin, A. (2015). Warisan budaya, pelestarian dan pemanfaatannya. Makassar: Universitas Hasanuddin.

Davidson, G. (1991). A heritage handbook. New South Wales: Allen & Unwin.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1984). Kamus Dewan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published

2020-06-30

How to Cite

KIYAI @ KEAI, G. ., & TUGANG, N. . (2020). ARTIFAK BUDAYA MASYARAKAT IBAN: WARISAN DAN PUSAKA: CULTURAL ARTEFACTS OF THE IBAN: HERITAGE AND HEIRLOOM. Jurnal Kinabalu, 26(1), 59. https://doi.org/10.51200/ejk.v26i1.2261
Total Views: 5847 | Total Downloads: 11452