ULASAN BUKU: MOHAMMAD REEVANY BUSTAMI, SURWANDONO, ALI MAKSUM, RITA WIDIASTUTIK. (2021). MATRIKS PERDAMAIAN: TEORI BERKEMBAR HUBUNGAN INDONESIA-MALAYSIA. PRODI MAGISTER ILMU HUBUNGAN INTERNASIONAL. PROGRAM PASCASARJANA. UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA
DOI:
https://doi.org/10.51200/ejk.v27i.3673Keywords:
ulasan bukuAbstract
Buku ini ditulis oleh beberapa orang sarjana dan peneliti prolifik di Indonesia dan Malaysia. Dalam kata pengantar, salah seorang penulis buku ini menyebutkan bahawa buku ini berakar dari sebuah lagi karya mereka iaitu Why are We Angry at Them (2016) yang diterbitkan oleh Penerbit Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia. Beberapa karya para penulis terdahulu amat penting dalam memahami karya ini kerana ia memberikan gambaran langsung kepada keseluruhan perbincangan dalam penulisan ini. Sebelum memulakan pengulasan tentang buku ini, dipetik kata-kata Roland Barthes, salah seorang sarjana tersohor Perancis yang menyebut The Death of the Author. Kata-kata ini dipetik kerana perbincangan dalam ulasan ini terhad kepada bagaimana interpretasi buku ini dilakukan. Interpretasi ini adalah berasaskan kepada pemahaman, ilmu dan kaca mata pengulas sendiri. Dalam hal ini, mungkin maksud yang difahami daripada membaca teks ini berbeza dengan maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh para penulis.