PENJAGAAN KESIHATAN SELEPAS BERSALIN: PERBANDINGAN ANTARA WANITA MELAYU DAN MELANAU

POSTNATAL HEALTH CARE: COMPARISON BETWEEN MALAY AND MELANAU WOMEN

Authors

  • Malisah Latip Universiti Putra Malaysia
  • Salmah Omar Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Islam, budaya, penjagaan kesihatan, wanita , Melayu , Melanau , culture, healthcare, women, Malay

Abstract

Penjagaan kesihatan diertikan sebagai tindakan atau usaha seseorang untuk mengekalkan kesihatan melalui kaedah penjagaan kesihatan yang bermanfaat serta menjauhi tindakan yang boleh mendedahkannya kepada pelbagai keuzuran. Agama dan budaya banyak mempengaruhi kaedah penjagaan kesihatan pada hari ini. Agama Islam turut mementingkan penjagaan kesihatan dengan memberikan panduan dan kaedah yang sesuai diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat termasuk wanita. Peningkatan masalah kesihatan dalam kalangan wanita khususnya selepas bersalin banyak mempengaruhi kehidupan mereka sama ada dari segi fizikal, emosi mahu pun kerjaya. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kaedah penjagaan kesihatan selepas bersalin dengan membandingkan wanita Melayu dan Melanau. Maklumat diperoleh daripada temu bual, pemerhatian turut serta dan ke perpustakaan. Kajian ini mendapati bahawa wanita Melayu dan Melanau sangat mengambil berat dalam soal penjagaan kesihatan mereka selepas bersalin. Prinsip Islam menjadi asas dalam urusan penjagaan kesihatan mereka untuk meningkatkan taraf kesihatan dan mengelak penyakit. Prinsip inilah yang menjadi landasan kepada amalan-amalan yang mereka lakukan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-dua masyarakat ini terutama dari segi penggunaan bahan. Kajian juga memperlihatkan bahawa amalan penjagaan kesihatan wanita dalam kedua-dua masyarakat terus berkembang dan diamalkan sehingga hari ini kerana ia dipengaruhi oleh faktor agama, adat, nilai, kepercayaan, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diwarisi oleh mereka.

 

Healthcare is defined as an act or effort of a person to maintain health through beneficial healthcare methods as well as to stay away from actions that could expose him to various excuses. Religion and culture have a lot of influence on health care methods these days. Islam also attaches importance to healthcare by providing appropriate guidance and methods practiced by all walks of life, including women. The increase in health problems among women, especially after childbirth, has a lot to affect their lives, whether physically, emotionally, or in career ally. This article aims to examine the methods of postnatal health care by comparing Malay and Melanau women. Information is obtained from interviews, observations, and rotations. This study found that Malay and Melanau women are very concerned about their health care after childbirth. Islamic principles form the basis of their healthcare matters to improve their health status and avoid disease. It is this principle that is the foundation of the practices they perform. However, there is little difference between these two societies, especially in terms of material consumption. Studies also show that women’s health care practices in both societies continue to evolve and are practiced to this day as they are influenced by the religious factors, customs, values, beliefs, knowledge, experience, and skills inherited by them.

Author Biographies

Malisah Latip, Universiti Putra Malaysia

Malisah Latip ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Bidang penyelidikannya adalah Perniagaantani dan Pengurusan Alam Sekitar.

Salmah Omar, Universiti Utara Malaysia

Salmah binti Omar dilahirkan di Kepala Batas, Alor Setar Kedah pada Februari 1975. Mendapat Ijazah Sarjana Muda  (Pengajian Melayu) pada tahun 1999, Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban pada 2004  dan Ijazah Doktor Falsafah  (Sosio budaya) pada 2010 dari Universiti Malaya.  Kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia. Bidang tumpuan beliau ialah Sosio budaya dan ketamadunan.

References

A. Aziz Bidin, & Aishah Hj. Muhammad. (1998). Kegunaan tumbuh-tumbuhan. Dlm. Wan Hashim Wan Teh, & Ismail Hamid, Nilai budaya masyarakat desa, kajian etnografi di Wang Kelian Perlis. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anisah Barakbah. (2007). Ensiklopedia Perbidanan Melayu: Sebuah perbendaharaan ilmu perubatan dan penjagaan kesihatan. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Amran Kasimin. (1995). Penjagaan bayi dan ibu dalam pantang. Dinie Publishers. Fasihuddin dan Hasmah. (1993). Kimia hasilan semulajadi dan tumbuhan ubatan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haliza Riji. (2000). Prinsip dan amalan dalam perubatan Melayu. Penerbit Universiti Malaya.

Hajjah Sharifah Umi Kelesom Syed Mohamed Zin. (2009). Urut tradisional warisan opah Umi. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Muhamad Zakaria & Mustafa Ali Mohd. (1992). Tumbuhan dan perubatan tradisional. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Salmah Omar. (2018). Penjagaan kesihatan masyarakat Melanau Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shariffah Suraya Syed Jamaludin. (2013). Penjagaan kesihatan wanita: Amalan tradisi dan moden. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Published

2023-12-31 — Updated on 2024-05-17

Versions

How to Cite

Latip, M. ., & Omar, S. (2024). PENJAGAAN KESIHATAN SELEPAS BERSALIN: PERBANDINGAN ANTARA WANITA MELAYU DAN MELANAU: POSTNATAL HEALTH CARE: COMPARISON BETWEEN MALAY AND MELANAU WOMEN. Jurnal Kinabalu, 29, 113–122. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3777 (Original work published December 31, 2023)
Total Views: 185 | Total Downloads: 34