ISMAIL ALI DAN SINGGIH TRI SULISTIYONO. (2021). LAUT DAN DINAMIKA MASYARAKAT NUSANTARA JILID 1. SEMARANG: CENTER FOR ASIAN STUDIES. HLM. 258 ISBN 978-623-93022-5-2

Authors

  • MOSLI TARSAT

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v28i1.4198

Keywords:

Sejarah Maritim, Nusantara, Asia Tenggara

Abstract

Buku berjudul Laut dan Dinamika Masyarakat Nusantara Jilid 1 yang ditulis oleh Ismail Ali dan Singgih Tri Sulistiyono merupakan sebuah buku ilmiah yang membicarakan secara mendalam persoalan historiografi sejarah maritim di Asia Tenggara khususnya Indonesia-Malaysia. Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memaparkan betapa pentingnya laut dan perkaitannya dengan masyarakat Nusantara sehingga keduanya tidak boleh dipisahkan. Perkara ini dibuktikan melalui catatan sejarah menyatakan bahawa masyarakat Nusantara melihat laut sebagai sumber inspirasi untuk mecapai kejayaan. Mereka telah berjaya mengharungi laut atau lautan dan mewarisi pelbagai ilmu kelautan sehingga muncul kerajaan-kerajaan maritim di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, penulis bukan sahaja memaparkan pasang surut kerajaan-kerajaan maritim masa lalu tetapi juga menekankan kewajaran melihat dari persektif sejarah. Buku ini juga mengetengahkan gagasan-gagasan baru dan aplikatif misalnya hala tuju penulisan historiografi maritim Indonesia-Malaysia, bermula dari keberadaan kerajaan maritim sehinggalah kepada memertabatkan semula historiografi maritim di Kepulauan Asia Tenggara. Terdapat empat isu utama yang dirungkai secara mendalam berkaitan dengan sejarah maritim, iaitu pertama isu kajian hala tuju historiografi maritim di Nusantara, kedua peranan laut sebagai faktor perjalanan sejarah masyarakat Indonesia di kawasan Laut Jawa, ketiga isu penguasaan ruang laut semasa ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa dan keempat dinamika manfaat ruang laut dengan negara-negara tetangga. Semua isu ini dibahaskan dan dianalisis secara komprehensif serta menggunakan pembuktian melalui catatan-catatan sejarah yang jelas.

 

Author Biography

MOSLI TARSAT

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah

References

Asyaari Muhamad. (2016). Arkeologi maritim di kawasan perairan Pulau Bidong, Terengganu: Pra-Tinjauan. Warisan, 1 (1).

Asyaari Muhamad. (2016). Proposal penyelidikan arkeologi maritim di perairan Pulau Bidong. UniSZA, Kuala Terengganu.

Asyaari Muhamad. (2017). Survei arkeologi bawah air di Pulau Bidong, Terengganu. Laporan Penyelidikan. ATMA, UKM.

Asyaari Muhamad. (2018). Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan kini. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baszley Bee Basrah Bee & Bilcher Bala. (2005). Arkeologi maritim Malaysia. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

Bowens, A. (2009). Underwater archaeology the NAS guide to principles and practice; The Nautical Archaeology Society. United Kingdom. Blackwell Publishing.

Sjostrand, S., & Brown, R. (2007). Maritime archaeology and shipwreck ceramics in Malaysia. National Malaysia Museum.

Sjostrand, S., & Sharipah Lok Lok. (2007). The Wanli shipwreck and its seramic cargo. Department of Museums Malaysia.

Sjostrand, S., Adi Taha & Samsol Sahar. (2006). Mysteries of Malaysian shipwrecks. Kuala Lumpur: Department of Museums Malaysia.

Published

2022-12-22

How to Cite

MOSLI TARSAT. (2022). ISMAIL ALI DAN SINGGIH TRI SULISTIYONO. (2021). LAUT DAN DINAMIKA MASYARAKAT NUSANTARA JILID 1. SEMARANG: CENTER FOR ASIAN STUDIES. HLM. 258 ISBN 978-623-93022-5-2. Jurnal Kinabalu, 28, 338–344. https://doi.org/10.51200/ejk.v28i1.4198
Total Views: 263 | Total Downloads: 221