WACANA DISKURSIF DALAM PENSEJARAHAN ISLAM: PENILAIAN KRITIS TERHADAP PEMIKIRAN MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN DALAM PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI – ANTARA KETULENAN FAKTA DENGAN PEMBOHONGAN SEJARAH
DISCURSIVE DISCOURSE IN ISLAMIC HISTORIOGRAPHY: A CRITICAL EVALUATION OF THE THOUGHTS OF MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN IN THE CONFLICT OF THE COMPANIONS OF THE PROPHET - BETWEEN THE AUTHENTICITY OF FACTS AND THE LIES OF HISTORY
Keywords:
sejarah, politik, Islam, kritisisme, historiografi, history, politics, critism, historiographyAbstract
ABSTRAK Artikel ini bertujuan untuk memberikan penilaian semula (secara terpilih) terhadap pemikiran Mohd. Asri Zainul Abdin dalam bukunya, Pertelingkahan Para Sahabat Nabi: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Beliau merupakan sarjana dalam pengajian hadis, tersohor dengan sikap tegas dan lantang dalam mengemukakan pandangannya, bersabit pelbagai isu agama dan ummah. Bukunya mengandungi tujuh bab, 168 halaman termasuk bibliografi dan indeks, diterbitkan Pustaka Yamien (Kuala Lumpur), 2002. Setelah meneliti matan pemikirannya, dalam beberapa aspek kita sependapat dengan Mohd. Asri, namun terdapat juga aspek tertentu yang harus diberikan penilaian semula. Penilaian ini bersifat tekstual dan kontekstual, digarap secara sederhana, untuk menyuburkan wacana ilmiah di luar kerangka, sentimen dan propaganda kemazhaban. Dari segi penggaluran, kita mengolahnya mengikut susunan asal bab-bab dalam bukunya, dengan harapan pendekatan ini dapat mempermudah kita (pembaca
budiman) mengikuti, memahami dan menggeluti perkembangan kritikan ilmiah kesejarahan. Mengenai ejaan dalam petikan teks, kita mengekalkan ejaan asal Mohd. Asri. Misalnya, perkataan “Uthman”. Dalam penulisan kita sendiri, kita menggunakan ejaan “Usman”. Secara umumnya, kita tidak menggunakan – kecuali dalam bilangan sangat terhad – gaya kebahasaaraban, seperti tanda koma di atas (‘) dalam perkataan tertentu. Antaranya, perkataan “Syi’ah”, “Mua’wiyah” dan sebagainya. Tanda ini sangat jarang digunakan dalam bahasa Melayu. Aspek penting yang diberikan penilaian semula ditandai dengan perkataan tertentu, seperti “Pertama”, “Kedua” dan seterusnya atau dalam bentuk penomboran, seperti (1) dan (2) atau (i) dan (ii) atau (a) dan (b), di samping menggunakan subtajuk, seperti ditulis dalam buku Mohd. Asri. Dari segi struktur, kita membahagikan perbincangan ini berdasarkan kepada beberapa bahagian dan tajuk tertentu. Tujuannya agar pembaca budiman dapat memberikan perhatian serius terhadap persoalan yang sedang dibincangkan.
ABSTRACT
This article aims to re-evaluate the thinking of Mohd. Asri Zainul Abidin in his book, The Conflict of the Companions of the Prophet: Between the Authenticity of Facts and the Lies of History. He is a scholar in the study of hadith, famous for his firm and outspoken attitude in presenting his views, on various religious and ummah issues. His book contains seven chapters, and 168 pages including a bibliography and index, published by Pustaka Yamien (Kuala Lumpur), in 2002. After examining his thoughts, in some aspects, we agree with Mohd. Asri, but certain aspects should be re-evaluated. This evaluation is textual and contextual, working simply, to nourish scientific discourse outside the framework, sentiments, and sectarian propaganda. In terms of classification, I process it according to the original order of the chapters in the book, in the hope that this approach can make it easier for us (gentle readers) to follow, understand and engage in the development of scientific criticism of history. Regarding the spelling in the text, I maintain the original spelling of Mohd. Asri’s book. For example, the word “Uthman”. In my writing, I use the spelling “Usman”. In general, I do not use - except in a very limited number - Arabic style, such as the comma above (‘) in certain words. Among them, are the word “Shi’ah”, “Mua’wiyah” and so on. This sign is very rarely used in Malay. Important aspects that are given re-evaluation are marked with certain words, such as “First”, “Second” and so on, or in the form of numbering, such as (1) and (2) or (i) and (ii), or (a), and (b), or using the subtitle, as written in Mohd. Asri’s book. The purpose is so that all the gentle readers can pay serious attention to the question being discussed. In terms of structure, I divide this discussion based on several sections and specific topics, as discussed further.
References
Nordi Achie. (2018). Analisis Tipulogi Pra-PRU-14 di Sabah: Karekter Kosmetik dan Komentar Kritis. Kinabalu, Edisi Khas Pilihan Raya Umum 14, 223-242. (https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/issue/view/201)
Nordi Achie. (2020). Pemikiran Propagandikal Syiah Imamiah: Resensi Kritis Terhadap Syiah Sebenar-benarnya Ahlu Sunah Nabi. Kinabalu, 27, 1-15. (https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk)
Abdullah al-Mushili. (2009). Mengungkap Hakikat Syi’ah. Jakarta: Darul Falah.
Ahmad Qusyairi Ismail. (2008). Mungkinkah Sunnah-Syiah dalam Ukhuwah? Pasuruan: Pustaka Sidogiri.
An-Nawawi. (2001). Dasar-Dasar Ilmu Hadis. Jakarta: Pustaka Firdaus.
Collingwood, R.G. (1985). Idea Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibnu Katsir. (2004). Al-Bidayah Wan-Nihayah: Masa Khulafa’ur Rasyidin. Jakarta: Darul Haq.
Ibnu Khaldun. (2011). Mukaddimah. Jakarta Timur: Pustaka Al-Kautsar.
Ibrahim Ali Sya’wat. (2005). Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula. Johor Bahru: Jahabersa.
Imam as-Suyuthi. (2005). Tarikh Khulafa’. Jakarta Timur: Pustaka Al-Kautsar.
Imam ath-Thabari. (2011). Shahih Tarikh ath-Thabari. Jilid 3. Jakarta Selatan: Pustaza Azzam.
Imam Bukhari. (1997). Shahih Bukhari. Kelang: Klang Book Store.
Imam Shahrastani. (2006). Agama dan Ideologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hamka. (2006). Sejarah Umat Islam. Singapura: Pustaka Antara.
Lutpi Ibrahim. (1993). Antologi Pemikiran Islam. Shah Alam: Hizbi.
Mahayudin Yahya. (1986). Sejarah Awal Perpecahan Umat Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Asri Zainul Abdin. (2002). Pertelingkahan Para Sahabat Nabi: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah. Kuala Lumpur: Pustaka Yamien.
Mohmoud M. Ayoub. (2004). The Crisis of Muslim History. Bandung: Penerbit Mizan.
Muhammad Abdul Sattar at-Tunsawi. (2001). Beberapa Kesesatan Ajaran Syiah. Johor Bahru: Jahabersa.
Muhammad Ali ash-Shabuni. (1992). Membela Nabi. Jakarta: Gema Insani Press.
Sulaiman Noordin et al. (1994). Syiah Imamiyyah Mazhab Ke-5? Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syaikh Manna’ al-Qaththan. (2006). Pengantar Studi Ilmu Hadits. Jakarta: Pustaka al-Kautsar.
Taha Husain. (2015). Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wahbah az-Zuhaili. (1997). Konsep Darurat Dalam Islam. Jakarta: Gaya Media Pratama.
Yusof al-Qardhawi. (2003). Fiqh al- Ikhtilaf. Bandar Baru Bangi: Syabab Media.