Isu Dan Cabaran Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Di Malaysia, 1981 – 2012

Authors

  • Bakri Mat Program Strategi dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zarina Othman Program Strategi dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rashila Ramli Program Strategi dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.502

Keywords:

Globalisasi, kebergantungan makanan, keselamatan insan, pasaran antarabangsa, sekuriti makanan

Abstract

Walaupun dasar pembangunan di Malaysia turut memberi tumpuan terhadap isu sekuriti makanan, ia tidak efektif dan telah memberi kesan negatif terhadap keselamatan insan di Malaysia. Artikel ini bertujuan menganalisis isu dan cabaran pelaksanaan dasar berhubung sekuriti makanan di Malaysia dari tahun 1981 hingga 2012. Kajian ini menghujahkan isu dan cabaran pelaksanaan dasar sekuriti makanan adalah sebahagiannya disebabkan oleh kegagalan kerajaan dalam merangka dasar yang efektif dan tidak selari dengan proses globalisasi. Metodologi kajian telah mengumpulkan kedua-dua data primer dan sekunder. Data primer dikutip melalui kaedah temu bual terhadap kumpulan pakar termasuk ahli akademik, pembuat dasar, badan bukan kerajaan dan juga orang awam dan data daripada analisis kandungan. Sementara data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan meliputi dokumen bercetak dan elektronik termasuk buku dan jurnal. Dapatan kajian menunjukkan dasar berkaitan sekuriti makanan di Malaysia adalah tidak efektif kerana pertama, Malaysia tidak memiliki suatu dasar yang konkrit dan komprehensif sejak dari awal merdeka sehingga kini; kedua, dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula dari tahun 1980-an tidak seimbang dan mengabaikan pembangunan sektor pertanian, khususnya tanaman makanan; ketiga, pelaksanaan dasar dan strategi berkaitan sekuriti makanan tidak konsisten di peringkat nasional; dan keempat, globalisasi menjadikan isu sekuriti makanan bertambah serius. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar berhubung sekuriti makanan sehingga kini telah menyebabkan kemerosotan pertumbuhan sektor makanan dan meningkatkan kebergantungan makanan terhadap pasaran antarabangsa. Secara tidak langsung, ia memberi impak negatif pada keselamatan insan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan supaya sektor pertanian diberikan perhatian serius oleh kerajaan untuk mengurangkan pergantungan terhadap import makanan di samping untuk menjamin keselamatan insan.

Downloads

Published

2016-12-27

How to Cite

Mat, B., Othman, Z., & Ramli, R. (2016). Isu Dan Cabaran Pelaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Di Malaysia, 1981 – 2012. Jurnal Kinabalu, 19. https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.502
Total Views: 6196 | Total Downloads: 4467