Pengkategorian Nelayan Bandar Dan Kemiskinan: Penelitian Terhadap Nelayan Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Authors

  • Jalihah Md Shah Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah
  • Hafizah Hj Selamat Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.506

Keywords:

Nelayan bandar, kategori nelayan, Pulau Gaya, Kota Kinabalu

Abstract

Dalam literatur, pengkategorian terhadap nelayan lazimnya dibuat berasaskan ukuran kewangan dan bukan kewangan. Misalnya, nelayan termiskin, miskin dan tidak miskin. Pengkategorian bukan kewangan pula merujuk kepada tahap penglibatan nelayan dalam aktiviti penangkapan ikan sama ada secara sepenuh masa mahupun separuh masa serta teknologi yang digunakan. Klasifikasi sebegini telah memberi gambaran bahawa wujud pelbagai jenis nelayan. Namun, kategori sedia ada ini hanya menyentuh tentang nelayan di kawasan luar bandar. Adakah kategori yang serupa wujud dalam kalangan nelayan di kawasan bandar? Sejauh manakah klasifikasi ini memberi impak dalam kehidupan harian nelayan bandar di peringkat komuniti? Bagi menjawab soalan tersebut, artikel ini akan menghuraikan kategori nelayan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, iaitu kumpulan nelayan yang dikenali sebagai nelayan bandar kerana lokasinya yang terletak di kawasan bandar. Indikator yang mempengaruhi pembentukan sesuatu jenis nelayan dan implikasi kewujudan pengkategorian ini terhadap aktiviti sosioekonomi nelayan bandar turut dikupas dalam makalah ini.

Downloads

Published

2016-12-27

How to Cite

Md Shah, J., & Hj Selamat, H. (2016). Pengkategorian Nelayan Bandar Dan Kemiskinan: Penelitian Terhadap Nelayan Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 19. https://doi.org/10.51200/ejk.v19i.506
Total Views: 1235 | Total Downloads: 1152