HAMKA. (2022). KENANGAN-KENANGANKU DI MALAYA. SELANGOR: JT BOOKS PLT252. 256 HALAMAN.ISBN: 978-967-15792-7-5

Authors

  • ASMADY IDRIS

Keywords:

Pak Hamka, Sejarah Melayu, perjuangan Islam, Bahasa Melayu, kolonialisme

Abstract

Tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya Pak Hamka atau nama penuh tokoh ilmuwan berwibawa ini Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah adalah khazanah ilmu yang amat bernilai. Penulisan Hamka mampu membawa para pembaca keluar daripada kepompong diskusi ilmu khasnya dari zon kerangka perbatasan ‘Anglo-Saxon’ dan dunia Barat. Ini kerana peristiwa dan idea yang dipaparkan oleh Hamka jarang sekali terdapat di dalam karya Barat terutamanya apabila berkaitan dengan sejarah pembinaan bangsa Nusantara Kepulauan Melayu dan dunia Islam.

Pada dasarnya, buku yang bertajuk ‘Kenangan-Kenanganku di Malaya’ ini ialah sebuah karya yang memaparkan kesyukuran Pak Hamka terhadap kelahiran sebuah lagi negara merdeka yang majoriti penduduknya beragama Islam bernama ‘Malaya’ pada 31 Ogos 1957 setelah selama 445 tahun berada dalam cengkaman kolonialisme Barat. Dengan penubuhan negara Malaya ini, Hamka membenarkan apa yang telah dimasyhurkan oleh Hang Tuah iaitu ‘Melayu tidak akan hilang dari dunia!’

Author Biography

ASMADY IDRIS

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
Kota Kinabalu, Sabah Malaysia.

Published

2024-12-20

How to Cite

ASMADY IDRIS. (2024). HAMKA. (2022). KENANGAN-KENANGANKU DI MALAYA. SELANGOR: JT BOOKS PLT252. 256 HALAMAN.ISBN: 978-967-15792-7-5. Jurnal Kinabalu, 30. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/5845
Total Views: 6 | Total Downloads: 2