SISTEM PENGETAHUAN PRIBUMI (IKS): KEPAKARAN PRAKTIKAL DAN KAITAN DALAM ANTROPOLOGI PERUBATAN
INDIGENOUS KNOWLEDGE SYSTEMS (IKS): PRACTICAL EXPERTISE AND RELATIONS IN MEDICAL ANTHROPOLOGY
DOI:
https://doi.org/10.51200/jurnalkinabalu.v31i1.7126Keywords:
Sistem Pengetahuan Pribumi, Perubatan Tradisional, Antropologi Perubatan, Kelestarian, Warisan BudayaAbstract
Kajian ini membincangkan Sistem Pengetahuan Pribumi (Indigenous Knowledge Systems, IKS) sebagai kerangka pengetahuan yang relevan dalam bidang antropologi perubatan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menghuraikan kepakaran praktikal dalam IKS, menilai hubungannya dengan kesihatan komuniti, dan membincangkan implikasinya terhadap kelestarian. Kaedah kajian menggunakan analisis dokumen sekunder dengan meneliti literatur utama mengenai IKS dan menggabungkannya dengan sintesis lapan domain kepakaran praktikal. Hasil kajian menunjukkan bahawa IKS merangkumi pengetahuan yang luas, termasuk perubatan tradisional, pengurusan alam sekitar, sistem pertanian, etnobotani, ramalan iklim, seni bina, adat, serta amalan spiritual. Dapatan ini membuktikan bahawa IKS berfungsi sebagai sistem holistik yang menyatukan aspek fizikal, sosial, spiritual, dan ekologi dalam menjaga kesejahteraan komuniti. Implikasi kajian ini menegaskan bahawa IKS bukan sahaja berperanan sebagai warisan budaya, tetapi juga mempunyai potensi untuk menyumbang kepada model kesihatan global yang lebih inklusif dan berteraskan komuniti. Oleh itu, pemeliharaan dan integrasi IKS dalam dasar pembangunan kesihatan dan kelestarian amat diperlukan untuk menghadapi cabaran kontemporari.
References
Agrawal, A. (2020). Indigenous knowledge and governance systems. Annual Review of Anthropology, 49, 151–167.
Albuquerque, U. P., Alves, R. R. N., & Santos, C. A. (2019). Introduction to ethnobiology. Springer.
Altieri, M. A., & Nicholls, C. I. (2020). Agroecology and the emergence of a post COVID-19 agriculture. Agriculture and Human Values, 37(3), 525–526.
Anchieta, J., Oliveira, R., & Santos, J. (2022). Vernacular architecture and resilience in Indigenous communities. Journal of Environmental Design, 29(4), 233–247.
BA Notes. (2023). Indigenous knowledge systems: Foundations and distinctions. BA Notes. Retrivied from https://banotes.org/indigenous-people-anthropology/indigenous-knowledge-systems-foundations-distinctions/
Berkes, F. (2018). Sacred ecology (4th ed.). Routledge.
Bodeker, G., & Ong, C. K. (2020). WHO global atlas of traditional, complementary and alternative medicine. World Health Organization.
Ellen, R. (2022). The cultural cognition of health and healing. Routledge.
Hiwasaki, L., Luna, E., Syamsidik, & Shaw, R. (2014). Local and indigenous knowledge for community resilience. UNESCO Working Paper Series on Climate Change and Disaster Risk Reduction. Jakarta: UNESCO.
Julius Kulip. (2003). An ethnobotanical survey of medicine and other useful plants of Murut in Sabah, Malaysia. Telopea, 10(1), 81–98.
Majhi, J. (2024). Indigenous knowledge system: Preserving cultural heritage and promoting sustainability. Journal of Multidisciplinary Studies, 12(1), 45–59.
Mistry, J., & Berardi, A. (2016). Bridging indigenous and scientific knowledge. Science, 352(6291), 1274–1275.
Nakashima, D., Krupnik, I., & Rubis, J. (2018). Indigenous knowledge for climate change assessment and adaptation. Cambridge University Press.
Nyong, A., Adesina, F., & Elasha, B. (2021). The value of indigenous knowledge in climate adaptation. Climate Policy, 21(6), 765–778.
Oliver, P. (2019). Vernacular architecture: A world survey. Routledge.
PubAdmin Institute. (2023). Key characteristics of indigenous knowledge: A deep dive. PubAdmin Institute. Retrivied from https://pubadmin.institute/disaster-management/key-characteristics-of-indigenous-knowledge
Slikkerveer, L. J. (1993). Indigenous knowledge systems as expert systems. In L. J. Slikkerveer, G. J. van den Broek, B. van Heusden, & R. J. (Eds.), Indigenous knowledge systems as expert systems. Leiden University.
Slikkerveer, L. J. (2019). Indigenous knowledge and sustainable development. Routledge.
Vun-Sang, S., & Iqbal, M. (2023). Phytochemical analysis and antioxidant activity of Ficus septica leaves. Malaysian Journal of Science, 42(2), 33–44.
World Health Organization. (2019). WHO global report on traditional and complementary medicine 2019. World Health Organization.