STRATEGI DAKWAH KRISTIANISASI MUBALIGH DI BORNEO UTARA TERHADAP PENDUDUK PERIBUMI, 1881-1963
CHRISTIAN MISSIONARY EVANGELISM STRATEGIES IN NORTH BORNEO TOWARDS INDIGENOUS PEOPLE, 1881-1963
DOI:
https://doi.org/10.51200/jurnalkinabalu.v31i1.7139Keywords:
Strategi, Dakwah Kristianisasi, Mubaligh Kristian, Borneo Utara, Penduduk PeribumiAbstract
Artikel ini mengulas strategi dakwah Kristianisasi oleh mubaligh Kristian yang telah bertapak di Borneo Utara dari tahun 1881 hingga tahun 1963. Apabila mubaligh Kristian mengetahui bahawa Borneo Utara didiami penduduk peribumi yang masih pagan, mereka melihat bahawa keadaan penduduk peribumi di Borneo Utara perlu diubah melalui penyebaran agama Kristian. Penulisan ini menggunakan analisis sejarah dan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan analisis buku, jurnal, laporan kerajaan seperti Colonial Office Report dan sumber lisan daripada penduduk peribumi. Objektif penulisan ini adalah meninjau strategi dakwah Kristianisasi di Borneo Utara dari tahun 1881-1963. Kajian ini mendapati bahawa mubaligh Kristian menggunakan beberapa strategi untuk menyebarkan ajaran agama Kristian termasuklah meninjau kawasan misi, pelaksanaan sakramen pembaptisan dan mewujudkan institusi pendidikan. Pendidikan menjadi strategi ampuh dalam menyebarkan ajaran agama Kristian Namun begitu, strategi minor seperti peninjauan kawasan misi dan sakramen pembaptisan turut memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Kristian. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi yang digunakan oleh mubaligh Kristian berjaya menarik minat masyarakat Kadazandusun dan Rungus untuk memeluk agama Kristian.
References
Clinson, M & Maureen D. S. (2020). Peranan Protestant Church in Sabah (PCS) dalam perkembangan sosial masyarakat Rungus 1952-1993 di Kudat, Sabah. Jurnal Borneo Arkhailogia, 5(1). https://doi.org/10.51200/jba.v5i1.2850
Colonial Office Report. (1950). Colonial Office Report 1950. London: H.M.S.O. Diperoleh daripada https://wellcomecollection.org/works/bf49exen
Diocese of Sabah. (1987). Diocese of Sabah Silver Jubilee, 1962-1987. Kota Kinabalu: Chin Chi Printing.
Hwee, Y. T. (2013). Pergilah Timur, Trevor White. Selangor: Upstream Publishing.
PCS Malaysia. (2023). Episode 1- Dokumentari Sejarah PCS 70 tahun, Youtube. Dipetik dari
https://www.youtube.com/watch?v=cpOYS-pcLbg pada 1 Julai 2024.
Elliot, P. (1997). The Story of Trevor White and The Dusuns of Sabah. Delia Wilson.
Forschner, T. A. (1993). History of the Protestant Church in Sabah, Malaysia. Diperoleh daripada https://fliphtml5.com/tarzd/bcbp/History_of_the_Protestant_Church_ in_Sabah/
Izham Waidi. (2015). Orang British Berjiwa Dusun dalam New Sabah Times. 24 Julai.
Laman Rasmi Gereja St. Michael Parish Penampang. Journey of death. Diperolehi daripada https://www.stmichaelparishpenampang.com/our-history/journey-of-death/# startcontent. Diakses pada 14 November 2024
Lankina, T. V., & Getachew, L. (2013). Competitive religious entrepreneurs: Christian missionaries and female education in colonial and post-colonial India. British Journal of Political Science, 43(1). https://doi.org/10.1017/S0007123412000178
Lees, S. (2013). Mabuk sebelum fajar menyingsing. Upstream Publishing. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/126349597/Mabuk_Sebelum_Fajar
Mat Zin Mat Kib. (1994). Kristian di Sabah, 1881-1994. Bangi: Penerbit UKM.
Mohan, R. R. G. (2021). Probing into the missionaries' efforts towards women’s education in Andhradesa during the British Raj. International Journal of Creative Research Thoughts (IJCRT), 9(10). https://ijcrt.org/papers/IJCRT2110236.pdf