“BUKAN SEKADAR MUZIK:” KAJIAN RADIO KAMPUS KKFM

Authors

  • Mohd. Hamdan Hj. Adnan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah
  • Mahat Jamal Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v21i.857

Keywords:

“Bukan Sekadar Muzik, ” pendengar radio, KKFM, UMS, Kota Kinabalu.

Abstract

Makalah ini melaporkan kajian terhadap Radio Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang lebih dikenali dengan KK (Kampus Kita) FM atau Radio KKFM. Jumlah responden untuk kajian ini adalah seramai 607 orang, terdiri daripada mahasiswa, ahli akademik, kakitangan pengurusan dan profesional, pentadbir, perkhidmatan sokongan dan juga masyarakat yang tinggal di sekitar 10 kilometer daripada kampus utama UMS, iaitu siaran radio KKFM dapat diikuti dengan jelas. Kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya hanya tiga segmen KKFM mencapai skor melebihi 50 peratus. Dapatan ini menggambarkan keperluan mengadakan perubahan drastik dari segi strategi persembahan dan penerbitan radio dalam memenangi hati dan minda pendengar. Sebahagian daripada cadangan responden ialah untuk meningkatkan kualiti program dan persembahan KKFM, meluaskan liputan siaran KKFM, menyiarkan pelbagai rancangan yang dapat meningkatkan minat pendengar, mengurangkan penyiaran iklan dan membuat banyak promosi terhadap rancangan-rancangan terbitan KKFM. Turut disarankan agar KKFM menyiarkan lebih banyak bahan intelek dan penemuan para pensyarah UMS memandangkan ia adalah radio kampus. KKFM harus membina imej yang tersendiri dan tidak bersaing dengan stesen-stesen radio yang lain, walaupun KKFM perlu menarik para pendengar melalui program-program disukai ramai seperti hiburan. Namun begitu, ia boleh melakukannya melalui program-program yang bersifat ‘infotainment’ selaras dengan tagline “Bukan Sekadar Muzik.â€

Downloads

Published

2018-01-09

How to Cite

Hj. Adnan, M. H., & Jamal, M. (2018). “BUKAN SEKADAR MUZIK:” KAJIAN RADIO KAMPUS KKFM. Jurnal Kinabalu, 21. https://doi.org/10.51200/ejk.v21i.857
Total Views: 405 | Total Downloads: 505