PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP PELAKSANAAN DASAR TANAH BRITISH NORTH BORNEO CHARTERED COMPANY (BNBCC) DI BORNEO UTARA: 1881 – 1941
DOI:
https://doi.org/10.51200/ejk.v21i.859Keywords:
Dasar Tanah, pemilikan tanah, nasionalisme.KKFMAbstract
Artikel ini membincangkan tentang reaksi penentangan daripada pemimpin tempatan terhadap pelaksanaan dasar tanah yang dijalankan di Borneo Utara oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Pentadbiran tanah yang dilaksanakan oleh BNBCC menunjukkan satu perubahan terhadap pemilikan tanah di Borneo Utara. Dasar tanah BNBCC telah mengubah pemilikan tanah secara tradisional kepada sistem pemilikan moden yang bersifat kapitalis. Perubahan ini berlaku sejajar dengan matlamat pihak BNBCC dalam mengeksploitasi sumber tanah yang ada di Borneo Utara. Akibat daripada pengenalan dan pelaksanaan dasar tanah ini, timbul reaksi penentangan daripada kalangan pemimpin tempatan. Para pemimpin tempatan berusaha untuk mendapatkan kembali hak pemilikan mereka yang kini dirampas oleh pihak BNBCC. Usaha ini dilakukan dengan cara rundingan dan kekerasan. Namun, usaha ini gagal mengembalikan hak mereka. Jelas bahawa penentangan yang berlaku menunjukkan dasar tanah yang dilaksanakan oleh BNBCC telah menggugat dan mengancam hak pemilikan peribumi ke atas tanah di Borneo Utara. Makalah ini ditulis berdasarkan sumber-sumber rasmi BNBCC yang disimpan di Arkib Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Antara rekod rujukan yang digunakan ialah Colonial Office (C.O.), Annual Report, fail Land Office dan akhbar British, iaitu British North Borneo Herald, selain merujuk kepada buku-buku dan artikel lain.Downloads
Published
2018-01-09
How to Cite
Johnny, M., Mohd. Radzi, M. S., & Tarsat, M. (2018). PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN TERHADAP PELAKSANAAN DASAR TANAH BRITISH NORTH BORNEO CHARTERED COMPANY (BNBCC) DI BORNEO UTARA: 1881 – 1941. Jurnal Kinabalu, 21. https://doi.org/10.51200/ejk.v21i.859
Issue
Section
ARTIKEL