MAJIKAN PILIHAN: PERANAN GENDER DALAM PEMILIHAN MAJIKAN

Authors

  • Rosnah Ishak Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v21i.862

Keywords:

Hubungan majikan dan pekerja, majikan pilihan, gender, strategi organisasi.

Abstract

Budaya kerja cemerlang memerlukan jalinan kerjasama yang baik dan padu antara majikan dan pekerja. Jalinan kerjasama ini merupakan elemen penting yang dapat membawa perubahan positif kepada kemajuan organisasi. Hubungan harmoni antara majikan dengan pekerja dapat mewujudkan persekitaran kerja yang merangsang pekerja untuk bekerja dengan lebih baik. Keadaan ini menguntungkan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Justeru, penulisan makalah ini bertujuan untuk menambah pengetahuan tentang majikan yang menjadi pilihan pekerja, selain bertujuan memahami bagaimana gender berperanan dalam pemilihan tersebut. Menjadi majikan pilihan adalah antara strategi yang boleh membantu organisasi menguruskan jangkaan pekerja semasa dan bakal hubungan pekerjaan mereka. Maklum balas daripada 76 orang responden dikumpulkan melalui temu bual berstruktur. Seramai 49 orang responden adalah wanita, manakala 27 orang lagi adalah lelaki. Mereka adalah pekerja pada peringkat umur 14 hingga 35 tahun dan memiliki pengalaman bekerja selama tiga bulan sehingga sembilan tahun dalam organisasi terakhir. Responden dipilih berdasarkan persampelan mudah (convenient sampling) daripada tujuh kategori organisasi perniagaan, iaitu 1) kedai pakaian, 2) kedai makanan segera, 3) stesen minyak, 4) restoran, 5) kedai serbaneka, 6) perkhidmatan telekomunikasi dan 7) pasar raya. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pekerja memilih majikan dalam kalangan gender lelaki berbanding wanita. Alasan pemilihan tersebut dibincangkan dalam empat kategori, iaitu 1) pekerja lelaki yang memilih majikan lelaki, 2) pekerja lelaki yang memilih majikan wanita, 3) pekerja wanita yang memilih majikan lelaki dan 4) pekerja wanita yang memilih majikan wanita. Merujuk kepada bagaimana pekerja lelaki dan wanita melihat majikan mereka, kedua-dua perbezaan dan persamaan ditemui. Implikasi kajian mencadangkan agar majikan memaksimumkan kelebihan dari segi gender untuk menarik individu berbakat serta mengekal dan meningkatkan prestasi pekerja yang berbakat dalam organisasi kerja.

Downloads

Published

2018-01-09

How to Cite

Ishak, R. (2018). MAJIKAN PILIHAN: PERANAN GENDER DALAM PEMILIHAN MAJIKAN. Jurnal Kinabalu, 21. https://doi.org/10.51200/ejk.v21i.862
Total Views: 645 | Total Downloads: 973