IMEJ BUDAYA LOKAL SABAH MELALUI ARCA HILANG DITELAN ZAMAN: ASNEDI MADUNI
DOI:
https://doi.org/10.51200/jurnalkinabalu.v32i1.8625Keywords:
Warisan Budaya, Seni Arca, Ikonografi, Arca Kontemporari, Bajau SamaAbstract
Warisan budaya tempatan merupakan salah satu sumber penting dalam pembentukan identiti dan penghasilan seni arca di Sabah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti imej budaya serta menganalisis konsep dan nilai simbolik yang terkandung dalam karya arca Hilang Ditelan Zaman oleh Asnedi Maduni. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan analisis visual berasaskan pendekatan ikonografi Erwin Panofsky. Data diperolehi melalui pemerhatian langsung terhadap karya, temu bual bersama pengkarya secara dalam talian juga dilakukan serta dokumentasi dan sumber bertulis berkaitan kajian. Analisis dilakukan melalui tiga tahap, iaitu deskripsi pra-ikonografi, analisis ikonografi dan interpretasi ikonologi. Dapatan menunjukkan karya menggabungkan imej isun-isun, gendang, gong, kulintangan, serimpak, tudung duang dan rangka manusia. Imej-imej tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai representasi objek budaya, tetapi membentuk naratif visual tentang kesinambungan warisan Bajau Sama dan kebimbangan terhadap kemungkinan kepupusannya dalam konteks perubahan sosial dan pemodenan. Kajian ini menyumbang dokumentasi dan interpretasi terhadap representasi budaya Bajau Sama dalam karya arca kontemporari Sabah serta menunjukkan potensi pendekatan ikonografi untuk memahami hubungan antara bentuk visual, konteks budaya dan nilai simbolik.
References
Azaglo, A. K., Adom, D., Adu-Agyem, J., & Opoku-Mensah, K. (2022). My sculpture, my life: An iconographic study of the contemporary Ghanaian sculptor, Isaac Opoku-Mensah. Journal of African History, Culture and Arts (JAHCA), 2(1), 1–14.
Balai Seni Lukis Sabah. (2024). Karya Perdana Tahunan Negeri Sabah ke-39. Balai Seni Lukis Sabah
Desa, N. E., Muhamad, N. A., Arshad, M. F., & Ramli, I. K. (2022). Art appreciation Aznan Omar’s solo exhibition: Printing satire. KUPAS SENI, 10(2), 22–29.
Hashim, R., & Sahibil, Z. (2024). Simbol budaya masyarakat Sabah dalam karya seni arca “Warisan” oleh Chee Sing Teck. Gendang Alam, 13(2), 93–99.
Hidayat, M. (2024). Ikonografi Arca Karivarada Gajendra Moksa dalam Konteks Masyarakat Muslim di Desa Brokoh. RISTEK: Jurnal Riset, Inovasi dan Teknologi, 9(2), 16–23.
Ismail, I., Othman, M. R., Hashim Amir, N. M. A., Abdul Hadi, H., & Harun, Z. (2023). Pengaruh warisan budaya lokal dalam karya seni visual kontemporari seniman generasi muda di Malaysia. KUPAS SENI, 11(3), 83–90.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. (2025). Gambar isun-isun / Gendang / Gong / Kulintangan / Serimpak / Tudung Duang. Gerbang Maklumat Seni Budaya. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my. Akses: 8 Okt 2025.
Jamaludin, A. B. (2016). Ragam Hias dalam Objek Budaya dan Hubungannya dalam Kehidupan Masyarakat Bajau Kota Belud (Tesis Sarjana Sastera). Universiti Malaysia Sabah.
Kimwah, J., & Hamzah, I. M. (2025). Penerapan tulisan Jawi dalam karya catan Dulang Maligay. Gendang Alam, 15(2), 1–15. https://doi.org/10.51200/ga.v15i2.7149
Latiff, A. B. (Ed). (2012). Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia. Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mahali, S. N. H. (2008). Interaksi Sosial dalam Isun-Isun Bajau. Akademika, 74(Disember), 59–87. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Marianto, M. D. (2017). Seni dan daya hidup dalam perspektif quantum: BP ISI Yogyakarta.
Mohamad, A. N. A., Mohamad, W. N. A., & Ahmad, Z. (2024, Julai 17–18). Warisan budaya terhakis, sanggupkah kita? Dalam E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan Kali ke-9 (PASAK9 2024). Universiti Pendidikan Sultan Idris. e-ISSN: 2811-4051.
Panofsky, E. (2018). Studies in iconology. Routledge. (Karya asal diterbitkan 1939 oleh Oxford University Press).
Ramli, M. F., Abu Hassan, S., Mohamad, S., & Awang, J. (2022). Seni ukiran kayu dalam pendekatan arca moden. The International Journal of Arts, Culture & Heritage (iJACH), 7(Special Edition), 91–102.
Yunus, P. P. (2020). Komunikasi ekspresif estetik karya seni. JCommsci: Journal of Media and Communication Science, 3(2), 70–77.
Zainuddin, A., & D’Zulhaimi, M. Z. (2014). Arca dan patung: Suatu kefahaman konsep. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 2, 155–164.