PENTAKRIFAN “RITUAL AMPARAWAK” DI KALANGAN MASYARAKAT MURUT TAHOL DI SABAH: SOROTAN LITERATUR

Authors

  • Rozaliza Rosly Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4761

Keywords:

ritual amparawak, Murut Tahol, upacara, Sabah, Borneo, Malaysia

Abstract

Perbincangan berkaitan “ritual amparawak” ini sudah pernah dibahaskan dalam kajian-kajian terdahulu dalam kalangan ahli akademik. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian yang membincangkan mengenai “ritual amparawak” terus menjelaskannya secara spesifik berdasarkan kepada jenis aktiviti tanpa mendalami maksud amparawak secara umum menyebabkan penjelasan mengenai ritual ini agak sukar untuk dibahas secara umum tanpa sokongan daripada jenis aktiviti yang menyelitkan ritual ini. Tambahan pula,  upacara mahupun aktiviti yang menyelitkan ritual amparawak ini diamalkan bukan sahaja masyarakat Murut Tahol yang tinggal di daerah Nabawan tetapi juga di daerah lain seperti daerah Tenom. Perbezaan dari segi nama ritual dan cara pelaksanaan yang ditonjolkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di kawasan berbeza ini menambahkan lagi kesukaran dalam mencari tahu definisi bagi amparawak. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menjalankan sorotan literatur terhadap penulisan-penulisan berkaitan ”ritual amparawak” dan mengklasifikasikan semula pendefinisian ritual amparawak. Hasil dapatan kajian menunjukkan definisi amparawak ialah satu perbuatan mencalitkan darah binatang ”smearing animal blood” sama ada pada anggota badan, harta benda mahupun tumbuh-tumbuhan dan ritual ini bertujuan untuk menenangkan dunia spiritual dan inaning masyarakat Murut Tahol. Dengan ritual ini tentunya diharapkan oleh masyarakat Murut Tahol agar terlindung daripada sesuatu perkara yang buruk berbentuk musibah seperti kemalangan, penyakit, hasil tanaman yang tidak menjadi yang menyebabkan kepada kebuluran. Musibah ini dipercayai oleh masyarakat Murut Tahol sebagai kesan daripada bentuk kemarahan dunia spiritual akibat daripada pelanggaran adat yang telah ditetapkan oleh masyarakat ini.

References

Artikel Jurnal

Abd. Hakim Bin Mohad. (2011). Perubahan sosial masyarakat Murut Tahol: kajian kes di Kampung Alutok, Ulu Tomani, Sabah. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial. (Tesis Doktor Falsafah) (Tidak diterbitkan).

Abd. Hakim Mohad, Ros Aiza Mohd Mokhtar. (2017). Agama dan Budaya Berpisah Tiada: Tinjauan Terhadap Masyarakat Murut Tahol di Sabah. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 5(2), 2017: 3-12.

A. Sue russell (1999). Russell, A. S. (1999). Conversion, identity, and power: The impact of Christianity on power relationships and social exchanges. University Press of America.

Jacqueline Pugh-Kitingan. (2012). Dalam Kantayya Mariappan, Paul Porodong (2012). Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Jojo M. Fung (2004). A Comparative Study of the Semai and the Muruts Shamanic Cultures. SHAMAN. Vol. 12 numbers 1&2 Spring/Autumn 2004.

Harris, Sue Annette (2004). In Jojo M. Fung (2004). A Comparative Study of the Semai and the Muruts Shamanic Cultures. SHAMAN. Vol. 12 numbers 1&2 Spring/Autumn 2004.

Rutter, Owen. (1922). The Pagans of North Borneo. London: Hutchinson & Co.

Chapter Dalam Buku

A. Sue Harris (1990). In Sherwood G. Lingenfelter (1990). The Tagal Murut (pp. 39-61). Kota Kinabalu: Sabah Museum and State Archieves Department.

Ismail Hj. Ibrahim. (2005). Simbolisme dalam Motif Kraftangan Suku Kaum Murut Tahol (Tagal). Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial. (Tesis Doktor Falsafah) (Tidak diterbitkan).

Mestra Lauk. (2018). Elemen dan Struktur Teoritikal dalam Upacara Ahulir Etnik Murut Tahol di Sabah. Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. (Tesis Sarjana) (Tidak diterbitkan).

Muhamed Fauzi bin Haji Alwee. (2019). Analisis Estetika Objek Budaya dalam Adat Tinauh Masyarakat Murut Tahol di Sapulut, Sabah. Universiti Malaysia Sabah: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. (Tesis Sarjana) (Tidak diterbitkan).

Normadiah Nassir. (2016). Mitos dan lagenda Murut Tahol dalam konteks perubatan tradisional. Fakulti Kemanusiaan, seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah. (Tesis Sarjana) (Tidak diterbitkan).

Persidangan

Van Gennep, A. (1960). Rites of passage. London: Psychology Press.

Published

2023-12-20

How to Cite

Rosly, R. . (2023). PENTAKRIFAN “RITUAL AMPARAWAK” DI KALANGAN MASYARAKAT MURUT TAHOL DI SABAH: SOROTAN LITERATUR. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 9(1), 90–104. https://doi.org/10.51200/jobsts.v9i1.4761
Total Views: 73 | Total Downloads: 88