Mengupas Pemahaman terhadap Konsep Komuniti dari Perspektif Teori dan Aplikasi Perasaan Kemasyarakatan (Sense of Community)
DOI:
https://doi.org/10.51200/jpks.v9i1.7059Keywords:
perasaan kemasyarakatan, psikologi komuniti, komuniti digital, kesejahteraan psikologi, kejelekitan sosialAbstract
Konsep komuniti merupakan teras utama dalam psikologi komuniti kerana peranannya dalam membentuk hubungan sosial, sokongan bersama, dan kesejahteraan psikologi individu. Dalam konteks masyarakat moden yang semakin individualistik dan terdigital, kebimbangan terhadap kemerosotan hubungan sosial menjadikan konsep perasaan kemasyarakatan semakin relevan sebagai kerangka analitikal. Artikel ini bertujuan menghuraikan pemahaman komuniti daripada perspektif perasaan kemasyarakatan dengan meneliti definisi komuniti, jenis dan tahap komuniti, serta Model Perasaan Kemasyarakatan McMillan–Chavis. Perbincangan memfokuskan kepada empat elemen utama model tersebut, iaitu keahlian, pengaruh, integrasi dan pemuasan keperluan, serta perkaitan emosi yang dikongsi. Selain itu, aplikasi konsep perasaan kemasyarakatan dianalisis dalam pelbagai konteks, termasuk kumpulan self-help, komuniti agama dan spiritual, kejiranan, serta komuniti digital kontemporari. Artikel ini turut menilai sumbangan konsep perasaan kemasyarakatan dalam memperkukuh pemahaman tentang kohesi sosial dan kesejahteraan psikososial, di samping membincangkan limitasinya, khususnya berkaitan isu sempadan komuniti, konflik dalaman, dan cabaran teknologi maklumat. Secara keseluruhan, artikel ini menegaskan bahawa perasaan kemasyarakatan kekal sebagai konsep teras yang relevan dalam psikologi komuniti, dengan keperluan penyesuaian teori dan amalan agar selari dengan realiti sosial dan digital semasa