KEDUDUKAN TAHAP KUASA DALAM PENSYARIATAN ISLAM

Authors

  • Mohd Hazizi Ab Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Zulkifli Wan Hassan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Shamsul Azhar Yahya Universiti Kebangsaan Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v1i2.5995

Abstract

Pensyariatan Islam selama tempoh 23 tahun kenabian telah berlaku dalam situasi tahap kuasa yang pelbagai. Situasi Baginda S.A.W. tidak berkuasa di Mekah, malah ditindas, sudah tentu berbeza ketika Baginda berkuasa di Madinah. Kepelbagaian tahap kuasa itu dipercayai mempunyai hubungan secara langsung dengan kedinamikan syariah.  Kajian kualitatif ini bertujuan mengenal pasti kedudukan tahap kuasa dalam pensyariatan Islam, di sepanjang tempoh kenabian. Kedinamikan syariah itu dikesan melalui perbahasan para ulama mengenai wahyu berkaitan tahap kuasa, juga berdasarkan sejumlah tingkah laku siasah Nabi S.A.W. selaku pemimpin. Seterusnya analisis dilakukan untuk mengenal pasti pelbagai maslahah di sebalik kedinamikan syariah itu, menurut kerangka maqasid syariah. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kuasa adalah faktor kritikal dalam ijtihad politik. Situasi tidak berkuasa langsung membolehkan umat Islam mengambil hukum rukhsah bagi menyelamatkan nyawa, sebagaimana ia menjadi penghalang kepada hukum tindak balas bersenjata. Kuasa bukan sekadar diperlukan untuk pemerintah melaksanakan tugasnya, malahan diperkukuhkan secara proaktif bertujuan menundukkan sebarang potensi ancaman daripada kuasa bukan muslim.

Downloads

Published

2024-12-31

Issue

Section

Articles
Crossref
0
Scopus
0
Total Views: 40 | Total Downloads: 22