PENGGUNAAN I MY MAHRAM SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN TOPIK 3 PERKAHWINAN DALAM ISLAM BAGI KURSUS MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI TAWAU

Authors

  • Noranisah A Ramli Kolej Komuniti Tawau
  • Norsyahida A Ramli Universiti Teknologi Mara

DOI:

https://doi.org/10.51200/kitab.v1i2.6061

Abstract

Pada masa kini, inovasi dalam medium pengajaran merupakan amalan baik pendidik pada masa kini selaras dengan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) yang berteraskan agenda yang ke 7 iaitu “Meningkatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia”. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, keberkesanan penggunaan dan penerimaan pelajar Kolej Komuniti Tawau terhadap I My Mahram dalam kursus MPU 13012 Pendidikan Islam iaitu Topik 3: Perkahwinan dalam Islam khususnya bagi subtopik: Perempuan yang Haram Dikahwini. I My Mahram merupakan satu inovasi aplikasi digital Google Site yang dibina sebagai satu medium untuk memberi kefahaman yang mendalam secara maya terutamanya dari segi menentukan mahram dalam kekeluargaan samada seseorang itu mahram ataupun bukan mahram. Aplikasi ini mempunyai pendekatan yang menarik iaitu menentukan mahram melalui 5 skop pembahagian dalam kekeluargaan Islam dengan menggunakan panduan berbentuk infografik peta berkonsepkan family tree yang mudah difahami dan menyeronokkan untuk dipelajari. Pada pemerhatian pengkaji, pelajar tidak berminat dan fokus apabila mempelajari topik ini secara konvensional iaitu dengan hanya penerangan pensyarah melalui tayangan slaid dan penulisan nota di papan putih. Responden kajian ini melibatkan 60 orang pelajar Kolej Komuniti Tawau sesi II 2022/2023 yang mengambil kursus MPU 13012 Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Soal selidik merupakan instrumen bagi kajian ini dan ia dibina berdasarkan kajian (Sabtu & Yusoff, 2021), (Husain et.al, 2020) dan (Lapammu & Mahamod, 2018). Kajian rintis telah dijalankan ke atas instrumen kajian dan mendapati interpretasi kebolehpercayaan adalah sangat tinggi iaitu nilai α=.966. Hasil kajian mendapati skor min bagi ketiga-tiga konstruk kajian adalah tinggi terhadap penggunaan I My Mahram iaitu tahap pengetahuan 4.37 (SP=.659), tahap keberkesanan penggunaan 4.32 (SP=.616) dan tahap penerimaan 4.42 (SP=.628). Jelas bahawa kajian ini menunjukkan peranan I My Mahram sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam menyelesaikan kekeliruan dalam penentuan mahram secara interaktif kepada para pelajar.

Downloads

Published

2024-12-31

Issue

Section

Articles
Total Views: 41 | Total Downloads: 34