KESEDIAAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN: SATU KAJIAN EMPIRIKAL

Authors

  • Najwa Mohd Khalil Universiti Malaysia Sabah
  • Nur Shahirah Azman Universiti Malaysia Sabah
  • Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.vi1.2547

Abstract

The willingness to deal with the obligation to pay zakat income among civil servants, especially in the Federal Territory of Labuan is still long-standing. The perceptions of the public on payment obligations are more focused on zakat fitrah solely. Hence, there are a handful of civil servants who are less sensitive in the payment of zakat income even if they have fulfilled the requirements as the payer of income zakat. Therefore, this study aims to review the readiness of civil servants in the Federal Territory of Labuan in fulfilling their obligation to pay zakat income. This study examines the effects of subjective norms, control of acceptable behavior, role of piety and attitude towards the willingness to pay zakat in the Federal Territory of Labuan and open new findings in the context of payment of zakat income.

Abstrak

Kesediaan berhubung dengan tanggungjawab membayar zakat pendapatan dalam kalangan kakitangan awam, terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan masih lagi ditakuk lama. Tanggapan masyarakat terhadap kewajipan membayar lebih tertumpu kepada zakat fitrah semata-mata. Lantaran itu, terdapat sebilangan kecil kakitangan awam yang kurang peka dalam pembayaran zakat pendapatan walaupun mereka telah memenuhi syarat sebagai pembayar zakat pendapatan. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan kakitangan awam di Wilayah Persekutuan Labuan dalam menunaikan kewajipan membayar zakat pendapatan. Kajian ini mengupas kesan-kesan norma subjektif, kawalan gelagat tertanggap, peranan takwa dan sikap ke atas kesediaan membayar zakat di Wilayah Persekutuan Labuan dan membuka dapatan baharu dalam konteks pembayaran zakat pendapatan.

Downloads

Published

2019-02-28

How to Cite

Mohd Khalil, N., Azman, N. S., & Ag Omar, P. M. F. F. (2019). KESEDIAAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN DALAM KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN: SATU KAJIAN EMPIRIKAL. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), (1), 79–91. https://doi.org/10.51200/ljms.vi1.2547
Total Views: 617 | Total Downloads: 757