SKIM PEMBIAYAAN BANTUAN MODAL UNTUK USAHAWAN ASNAF

Authors

  • Najwa Mohd Khalil
  • Shereeza Mohamed Saniff

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v18i2.5450

Keywords:

Pembiayaan, Usahawan asnaf, Institusi bukan perbankan, Institusi bank, Institusi zakat

Abstract

Secara umumnya, usahawan asnaf merupakan golongan yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan pembiayaan atau pinjaman untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan kerana ketiadaan rekod kewangan yang baik. Isu ini telah menyebabkan golongan asnaf terus berada dalam keadaan selesa dengan pergantungan sepenuhnya bantuan kewangan dari institusi zakat untuk membangunkan keperluan ekonomi semasa keluarga. Bagi memastikan agihan dana kewangan kepada golongan asnaf tetap relevan dengan perkembangan semasa, institusi zakat atau institusi kewangan telah memperkenalkan dana zakat atau dana kewangan dalam bentuk skim pembiayaan bantuan modal kepada golongan asnaf. Langkah ini diambil dengan harapan dapat membantu golongan asnaf keluar dari kepompong kemiskinan. Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti skim pembiayaan bantuan modal yang ditawarkan untuk usahawan asnaf dalam membantu membangunkan ekonomi usahawan asnaf. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif daripada perspektif sumber data sekunder yang membolehkan maklumat diperoleh dengan memahami dan merungkai pembiayaan untuk usahawan asnaf. Justeru, dapatan menunjukkan bahawa di Malaysia, keusahawanan merupakan satu aktiviti yang signifikan dalam proses membangunkan ekonomi golongan asnaf. Manakala, pembiayaan merujuk kepada penyediaan dana yang disediakan oleh institusi zakat atau institusi kewangan bagi memenuhi keperluan pihak yang mengalami defisit. Pembiayaan ini juga dikenali sebagai dana yang dirancang. Dalam kajian ini, pihak yang mengalami defisit ialah usahawan asnaf. Oleh yang demikian terdapat pembiayaan bantuan modal oleh institusi bukan perbankan, institusi bank, dan institusi zakat ditawarkan kepada usahawan asnaf yang dapat memenuhi keperluan ekonomi mereka.

Downloads

Published

2024-10-30

How to Cite

Mohd Khalil, N., & Mohamed Saniff, S. (2024). SKIM PEMBIAYAAN BANTUAN MODAL UNTUK USAHAWAN ASNAF. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 18(2), 134–145. https://doi.org/10.51200/ljms.v18i2.5450

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 51 | Total Downloads: 47