POLEMIK MASYARAKAT MUSLIM DI MALAYSIA: MEMAHAMI PERANAN “ISLAMIC MEDICINE” PASCAMODENISME

Authors

  • Mohd Farhan Md Ariffin Department of al-Quran & al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University Malaya, Kuala Lumpur
  • Khadher Ahmad Department of al-Quran & al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University Malaya, Kuala Lumpur
  • Ahmad Za‘im Sabirin Mohd Yusoff Department of al-Quran & al-Hadith, Academy of Islamic Studies, University Malaya, Kuala Lumpur

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.720

Abstract

Bermula akhir tahun 1960, para pemikir Islam mula memperkenalkan konsep “Traditional Arabic
and Islamic Medicine†(TAIM) sebagai alternatif model “bio-medical†bawaan Barat. Pada awalnya,
perkembangannya dilihat berdaya maju. Namun sehingga kini “Islamic Medicine†masih belum
tampil sebagai model penjagaan kesihatan secara komprehensif di mana-mana negara
dibandingkan model kesihatan edisi Western. Justeru, artikel ini akan menilai polemik masyarakat
berkenaan aspek “functional†perubatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia. Berdasarkan
edaran borang soal selidik kepada 379 orang pesakit yang mengunjungi 70 pusat rawatan Islam
sekitar Malaysia, kajian mengaplikasikan pendekatan analisis data kuantitatif menggunapakai
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Hasil kajian mendapati wujud
polemik apabila membicarakan fungsi rawatan alternatif berteraskan Islam. Dari satu sudut,
“Islamic Medicine†lebih berperanan kepada masyarakat Muslim di Malaysia berbanding perubatan
alternatif lain. Kepentingannya dalam merawat penyakit tidak dapat dinafikan. Dari sudut lain,
peranan “Islamic Medicine†di Malaysia adalah terbatas disebabkan dua faktor; (1) Masyarakat
Muslim hanya memilih cara rawatan alternatif disebabkan tidak berpuas hati dengan kaedah
rawatan konvensional (bio-medial Barat) didorong kewujudan pelbagai jenis penyakit yang sukar
dikesan dan tidak mampu disembuhkan dengan cara moden; (2) hanya rawatan berkaitan masalah
spiritual yang menjadi tumpuan rujukan kepada “Islamic Medicine.†Persepsi sederhana responden
turut dapat diperhatikan pada dua perkara; (1) peranan perubatan alternatif Islam dalam rawatan
penyakit fizikal tidak diberi penekanan; (2) proses “takeover†fungsi institusi kesihatan moden
dianggap tidak wajar oleh masyarakat. Diharapkan penelitian ini berguna sebagai langkah awal
pemerkasaan peranan perubatan alternatif Islam sesuai dengan keperluan masa kini.

Downloads

Published

2017-07-17

How to Cite

Md Ariffin, M. F., Ahmad, K., & Mohd Yusoff, A. Z. S. (2017). POLEMIK MASYARAKAT MUSLIM DI MALAYSIA: MEMAHAMI PERANAN “ISLAMIC MEDICINE” PASCAMODENISME. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 11. https://doi.org/10.51200/ljms.v11i.720

Issue

Section

Original Articles
Total Views: 196 | Total Downloads: 1332

Most read articles by the same author(s)