ZAKAT PERTANIAN DI MALAYSIA: SATU KAJIAN PEMERKASAAN
DOI:
https://doi.org/10.51200/ljms.v7i.3010Keywords:
zakat pertanian, pemerkasaan, ekonomi, fiqhAbstract
Zakat merupakan salah satu bidang terpenting di dalam Islam. Di samping ianya merupakan satu bentuk ibadah ketuhanan ia juga menjaga kemaslahatan manusia. Oleh kerana itu apabila bidang zakat ini diperkasakan, secara langsung ia menjamin kemaslahatan bagi umat Islam terutamanya dari sudut ekonomi. Kertas kerja ini bertujuan untuk melakukan sorotan dan analisis terhadap bagaimana untuk memperkasakan zakat di Malaysia dengan memfokuskan kepada bidang zakat pertanian. Ia berasaskan satu kajian kualitatif yang dilakukan terhadap perbincangan-perbincangan zakat pertanian di kalangan ulama’ fiqh. Hasil kajian mengemukakan beberapa kaedah pemerkasaan zakat pertanian di Malaysia iaitu memperbanyakkan sumber-sumber pertanian yang perlu dizakatkan, menyelaraskan kadar nisab bagi setiap negeri, melakukan pentaksiran ke atas tanaman dan zakat atas penyewa (petani) dan tuan tanah.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2013 Labuan e-Journal of Muamalat and Society (LJMS)
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.