PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: TINJAUAN STRATEGI PENGUKUHANNYA

Authors

  • Mohamad Zaim Isamail Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Anitha Rosland Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Mohammad Taqiuddin Mohamad Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Nor Hanani Ahmad Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v9i.2987

Keywords:

Pengukuhan, Perbankan Islam, ekonomi, Malaysia

Abstract

Perbankan Islam Malaysia pada masa kini Islam telah menjangkaui tiga dekad perlaksanaan dan telah mengorak langkah menjadi antara penyedia perkhidmatan kewangan terpenting dan berdaya saing seiring dengan kemajuan Malaysia. Oleh itu,
adalah menjadi keperluan pada hari ini untuk mengetahui sejauh mana perjalanan perbankan Islam di Malaysia sama ada ia berjalan seiring dengan perkembangan semasa atau sebaliknya. Ini kerana perbankan Islam yang ada kini bukan sekadar menjadi platform simpanan deposit semata-mata, malah turut menghasilkan eksternaliti positif melalui kepada umat Islam khususnya masyarakat Melayu. Dalam mencapai objektif ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Malaysia bagi tujuan memperkasakan institusi perbankan Islam di Malaysia. Antaranya Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 yang dihasilkan oleh Bank Negara Malaysia yang menggariskan pelbagai langkah strategik bagi menyediakan persekitaran yang lebih kondusif dan menambah baik kemampuan Malaysia dalam memudah cara aliran kewangan merentasi sempadan. Antara langkah lain ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mengenal pasti industri kewangan Islam sebagai sektor penting yang menyumbang kepada tambahan pendapatan negara kasar. Selain itu, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam juga diwujudkan sebagai langkah untuk memodenkan
undang-undang bagi mengawal selia perlakuan dan penyediaan institusi kewangan Islam di Malaysia. Kesemua langkah-langkah ini sekali gus membangunkan taraf hidup masyarakat dan merancakkan lagi ekonomi umat Islam serantau secara keseluruhan.

Downloads

Published

2015-06-30

How to Cite

Isamail, M. Z., Rosland, A., Mohamad, M. T., & Ahmad, N. H. (2015). PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA: TINJAUAN STRATEGI PENGUKUHANNYA. Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 9, 48–56. https://doi.org/10.51200/ljms.v9i.2987

Issue

Section

Articles
Total Views: 2278 | Total Downloads: 5968

Most read articles by the same author(s)