PRODUK SIMPANAN BERASASKAN GANJARAN: KAJIAN KES DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) DAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Authors

  • Anitha Rosland Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Muhamad Husni Hasbulah Fakulti Keusahawanan & Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan
  • Joni Tamkin Borhan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.51200/ljms.v7i.3013

Keywords:

Al-Awfar, Sijil Simpanan Premium (SSP), Mudharabah, BIMB, BSN

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai produk simpanan berasaskan ganjaran yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN). Kedua-dua produk simpanan (Al-Awfar dan Sijil Simpanan Premium) yang ditawarkan oleh bank ini menawarkan ganjaran kepada pendeposit iaitu dalam bentuk cabutan bertuah yang akan dilakukan berdasarkan struktur cabutan yang telah
disediakan oleh kedua-dua bank berkenaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai kedua-dua jenis produk ini berdasarkan perspektif Islam dengan memberi tumpuan terhadap aspek kontrak, isu-isu yang timbul dan kelebihan serta kelemahan produk simpanan berasaskan ganjaran ini. Data kajian diperolehi melalui kajian perpustakaan dan temubual diantara penyelidik dengan BIMB, BSN dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Analisis induktif, deduktif dan komparatif digunakan dalam kajian ini untuk menilai produk simpanan berasaskan ganjaran. Hasil kajian mendapati kontrak Mudharabah menjadi pilihan kedua-dua bank dalam menawarkan produk
simpanan berasaskan ganjaran kerana pengunaannya lebih memenuhi kehendak Syarak berbanding penggunaan kontrak Wadi’ah yang pernah digunakan oleh BSN sebelum ini. Kajian juga mendapati kedua-dua produk ini bebas daripada unsur al-maisir dan alqimar di samping dapat menarik lebih ramai pendeposit untuk menyimpan di bank yang menawarkan ganjaran dalam produk simpanan seperti ini.

Downloads

Published

2013-06-30

How to Cite

Rosland, A., Hasbulah, M. H., & Borhan, J. T. (2013). PRODUK SIMPANAN BERASASKAN GANJARAN: KAJIAN KES DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) DAN BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN). Labuan E-Journal of Muamalat and Society (LJMS), 7, 71–82. https://doi.org/10.51200/ljms.v7i.3013

Issue

Section

Articles
Total Views: 1318 | Total Downloads: 1621

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.