HUBUNGAN PENYELIAAN DAN TEKANAN TERHADAP PRESTASI KAUNSELOR PELATIH DI MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.51200/sapj.v13i2.6865Keywords:
Hubungan Penyeliaan, Tekanan, Prestasi, Kaunselor PelatihAbstract
Abstrak: Hubungan penyeliaan, tekanan dan prestasi kaunselor pelatih merupakan perkara yang perlu diberi penekanan dalam latihan internship. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kebolehpercayaan instrument dan hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian hubungan penyeliaan dan tekanan terhadap prestasi kaunselor pelatih di Malaysia. Kajian ini menggunakan tiga instrumen iaitu The Short Supervisory Relationship Questionnaire (S-SRQ) untuk mengkaji hubungan penyeliaan antara kaunselor pelatih dengan penyelia akademik, Counselling Psychology Trainee Stress Survey (CPTSS) untuk mengkaji tekanan kaunselor pelatih dan Counselor Performance Inventory (CPI) iaitu untuk melihat prestasi kaunselor pelatih. Responden kajian terdiri daripada 183 orang kaunselor pelatih yang menjalani latihan internship di pelbagai organisasi dan agensi di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebolehpercayaan yang tinggi (a=.892-.967) dan mempunyai korelasi yang signifikan antara pemboleh ubah kajian. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa hubungan penyeliaan dan tekanan yang dihadapi oleh kaunselor pelatih memberi impak kepada prestasi mereka sepanjang menjalani latihan internship.

