APLIKASI KONSEP KECERDASAN SOSIAL INTEGRATIF IBNU KHALDUN DAN DANIEL GOLEMAN DALAM KALANGAN DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.51200/sapj.v14i1.7918Keywords:
‘Asabiyyah Ibnu Khaldun, ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun, , Pentadbir Akademik, Universiti Awam, Keberkesanan PentadbiranAbstract
Kajian ini bertujuan menilai tahap aplikasi konsep ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun dan kecerdasan sosial Daniel Goleman dalam kalangan pentadbir akademik di sebuah universiti awam di Sabah serta menganalisis hubungannya dengan keberkesanan pentadbiran akademik. Permasalahan kajian berpunca daripada cabaran pengurusan universiti awam di Malaysia yang semakin kompleks, khususnya dalam era pasca pandemik, Revolusi Industri 4.0, serta tuntutan globalisasi yang memerlukan pentadbiran akademik yang lebih holistik dan responsif. Kajian ini dilaksanakan kerana kebanyakan model kepimpinan universiti di Malaysia masih berteraskan kerangka Barat, manakala integrasi nilai Islam dan konteks budaya tempatan kurang diterokai. Justeru, gabungan antara konsep solidariti sosial ‘Asabiyyah dan kecerdasan sosial Daniel Goleman diyakini mampu memperkukuh profesionalisme pentadbir akademik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melalui soal selidik berstruktur yang dibangunkan berasaskan kedua-dua kerangka teori. Seramai 128 orang pentadbir akademik daripada skim pentadbiran, sains, sains sosial dan kewangan terlibat sebagai responden. Analisis deskriptif menunjukkan tahap aplikasi kecerdasan sosial berasaskan ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun berada pada min keseluruhan 3.78 (tahap tinggi), manakala kecerdasan sosial Daniel Goleman berada pada min keseluruhan 3.65 (tahap sederhana tinggi). Analisis korelasi Pearson membuktikan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara kedua-dua konstruk dengan keberkesanan pentadbiran (r = 0.612, p < 0.01). Seterusnya, analisis regresi berganda mendapati kedua-dua konstruk memberi pengaruh positif yang signifikan terhadap keberkesanan pentadbiran (β = 0.428, p < 0.01 untuk ‘Asabiyyah; β = 0.356, p < 0.01 untuk Goleman), dengan dimensi solidariti sosial (‘asabiyyah) dan empati (social awareness) sebagai instrumen paling dominan. Perbincangan kajian mendapati bahawa integrasi nilai sosiologi Islam klasik dengan teori psikologi moden dapat memperkukuh kecekapan sosial, kepimpinan empati, serta budaya organisasi yang berteraskan nilai. Dari perspektif teori, kajian ini menyumbang dengan memperkenalkan Model Integratif Kecerdasan Sosial Ibnu Khaldun, Daniel Goleman sebagai kerangka baharu dalam bidang kepimpinan akademik. Dari sudut praktikal, dapatan kajian menjadi asas kepada pembangunan modul latihan pentadbir akademik yang lebih holistik dan bersepadu, manakala dari sudut dasar, hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan oleh universiti serta Kementerian Pendidikan Tinggi dalam merangka polisi pembangunan kepimpinan akademik yang lebih relevan dengan konteks Malaysia. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa aplikasi ‘Asabiyyah Ibnu Khaldun dan kecerdasan sosial Daniel Goleman bukan sahaja berada pada tahap yang memuaskan, malah terbukti mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan terhadap keberkesanan pentadbiran akademik. Model integratif yang dicadangkan diharap dapat menjadi rujukan akademik dan praktikal dalam memperkukuh profesionalisme pentadbir akademik serta menyumbang kepada kecemerlangan universiti awam Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.
References
Ab Majid, M. K. (1999). Ulama dan perubahan sosial dalam Islam. Jurnal Usuluddin, 10, 81–112. https://jupidi.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/3777
Abdullah, S. (2014). Preserving the iron craftsmanship in Pekan Darat
based on theory of malakah by Ibn Khaldun. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7(2), 212–230.
Abdullah, S., & Talib, N. M. (2023). Kecemerlangan tamadun Islam di Andalus berdasarkan teori ‘umran Ibn Khaldun. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 20(3).
https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2003.31
Abdussalam, A. (2014). Teori sosiologi Islam: Kajian sosiologis terhadap konsep-konsep sosiologi dalam al-Quran. Jurnal Pendidikan Agama Islam Ta’lim, 12(1), 25–40.
Sekolah Menengah Teknik Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan Model Dulewicz dan Higg’s. Master thesis, Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia
Ahmad, A. R., & Ghazali, M. (2019). Transformational leadership practices among academic leaders and their relationship with organizational commitment. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9(6), 771–783.
Ahmad, A. R., & Wahab, N. A. (2021). Leadership, organizational ulture,and effectiveness of academic governance in Malaysian public universities. International Journal of Higher Education, 10(4), 143–152.
Ahmad, S., & Zainal, M. (2020).Transparency and Job Satisfaction among Civil Servants in Malaysia.Asian Journal of Administrative Sciences, 22(1),78 95.
Alatas, S. F. (2011). Applying Ibn Khaldun: The recovery of a lost tradition in sociology. Routledge.
Alatas, Husein.(2013). Responsive Web Design dengan PHP & Bootstrap. Yogyakarta: Lokomedia.
Al-Attas, S. M. N. (2011). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ISTAC.
Albrecht, K. (2006). Social Intelligence: The New Science of Success. John Wiley & Sons.
Ali, N. A., & Ismail, A. (2021). Leadership styles and academic administration effectiveness in Malaysian higher education. Journal of Education and e-Learning Research, 8(1), 78-85.
Allport, G. W. (1997). Personality: A psychological interpretation. Holt.
Amer Al-Roubaie (2009): World Sustainable development Outlook 2009, (London: WASD)
Augustyn, M.M Elshaer, I.A, & Akamavi, R.K. (2019). Competing models of quality management and financial performance improvement. The Servive Industries Journal, 39(1), 1-29
A Wulan Sari (2016): Pentingnya Ketrampilan Mendengar dalam Menciptakan Komunikasi yang Efektif: EduTech: Jurnal Ilmu Pendidikan dan Ilmu Sosial 2 (1)
Aziz Deraman (2012) An Enhanced Workflow Reengineering Methodology for SMEs International Journal of Digital Information and Wireless Communications (IJDIWC) 2(1): 51-65 The Society of Digital Information and WirelessCommunications, 2012(ISSN 2225-658X)
Badri, M. (2000). Contemplation: An Islamic psychospiritual study. International Institute of Islamic Thought.
Basir, S. A, Mohamed, H. A.-B.Ali@Mat Zin, A. & Jalal, B. (2022). Impak Faktor Insaniyyah dalam Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900: Kajian di Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia. Jurnal Usuluddin, 50(1),115–144.
Baharudin, M. F., & Ismail, R. (2021). Pengurusan konflik dalam kalangan pentadbirinstitusi pendidikan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 25–38.
Bahri & Razali Musa (2022) Konsep Asabiyah Menurut Ibnu Khaldun. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 23 (1): 145-156
Baharuddin, A.et al (2009). Ibn Khaldun: Pemikiran Ibn Khaldun & relevansinya dalam tamadun kontemporari. Kuala Lumpur: Universiti Malaya &Universiti Putra Malaysia. 171-208.
Bass, B. M., & Bass, R. (2008). The Bass handbook of leadership: Theory, research and managerial applications (4th ed.). Free Press.
Beg, M. A. J. (1978). Konsep Tamadun Islam menurut Tamadun Islam dan Barat.Islamiyyat, Vol. 2, 37-61.
Berghout, A. (2015). The Pattern of Cycle of Civilization: Resemblance between Ibn KhaldËn and Malik Bennabi ’ s Views. Journal of Islam in Asia, 12(1): 228– 245.
Biro Aduan Awam Malaysia: htps://www.pcb.gov.my/bm/
Boal, K. B. & Hooijberg, R. (2000), Strategic Leadership Management, the Leadership Quarterly, 11(4), 515- 549.
Che Zarina Sa’ari. (2020). Kepimpinan Spiritual dan Psikologi Islam dalam Organisasi Akademik. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 36(2), 85–102.
Chua Yan Piaw. (2014): Kaedah dan Statistik Penyelidikan-Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2), Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.). Pearson.
Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd ed.). Erlbaum.
Doe, J., Smith, A., & Brown, T. (2020). Social intelligence in public administration: A study on civil servants. Journal of Public Administration Research and Theory, 30(2), 150–172
El-Muhammady, M. U. (2008). Building the human capital in Malaysia in the context of malakah in Khaldunian discourse. Seminar Pembangunan Insan di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Enan (2012) Aplikasi Ibnu Khaldun dan Mekanisme Pengukuhan Semangat Kekitaan dalam Mendidik Generasi Muda Multi Etnik Malaysia 2020: BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences.
Etika Perkhidmatan Awam Malaysia: http://www/psp.edu.my/pspweb/files/staf:
Gardner, H. (1983). Frames of Mind: A Theory of Multiple Intelligences. New York:Basic Books.
Gellner, E. (1981). Muslim Society. Cambridge University Press.
Goleman (1998). Working with Emotional Intelligence. London: Bloomsbury.
Goleman, D. (2006). Social Intelligence: The New Science of Human Relationships. New York: Bantam Books.
Goleman, D. (1995). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. Bantam Books.
Goleman, D. (1998). Working with emotional intelligence. Bloomsbury.
Goleman, D. (2006). Social intelligence: The new science of human relationships. Bantam Books.
Ghazali Darussalam, & Sufein Hussin. (2018) Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd ed) Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Gibb, H. A. R. (1982) Studies on the civilization of Islam. New Jersey: Princeton
Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson , R. E. (2019) Multivariate data analysis (8th ed.). Cengage.
Hashim, N. (2018) Solidarity and Efficiency in Malaysian Public Service. Journal of Public Administration, 15(2), 34-50.
Hassan, M. (2023). Ibn Khaldun and the Modern Social Sciences. European Journal of Social Theory.
Hashim, R. (2019). Tekanan kerja dan kesejahteraan emosi dalam kalangan pensyarah IPTA. Jurnal Psikologi Malaysia, 33(1), 22–34
Harun, M., & Osman, N. (2018). Kepimpinan berasaskan nilai kolektif dalam organisasi akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2), 17–26.
Ismail, N., Aziz, M. K. N. A. & Arsani, Z. (2021). Idea pembentukan pemerintahan Ibn Khaldun dan asas pembinaan Kesultanan Melaka dari kurun ke-15 hingga 16. Journal of Al-Tamaddun, Vol. 16 (2), 31-47
Ismail, H., Ahmad, A. R., & Abdul Rahim, A. F. (2020). Kepimpinan strategik dalam pendidikan tinggi: Isu dan cabaran. Jurnal Pengurusan Pendidikan, 46(1), 10–25.
Ismail, A., & Wahab, N. A. (2020). Academic policy development and its impact on higher education performance. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 17(2), 25–146.
Jabatan Perkhidmatan Awam (2009). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2009 : Skim Perkhidmatan Penghulu (Vol.15).
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Edisi ke-empat
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2024). Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035:Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025, Pendidikan Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Tinggi (2014). Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkau Tahun 2020. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2021). Dasar Pendidikan Tinggi Negara. Putrajaya: Bahagian Perancangan Dasar IPT
Kerlinger, F. N., & Lee, H. B. (2000). Foundations of behavioral research (4th ed.). Harcourt College Publishers
Lailawati Madlan @ Endalan, Abdul Adib Asnawi, Bee Seok Chua, Bahari, Jasmine Adela Mutang, & Rosnah Ismail. (2018). Kecerdasan emosi sosial kemahiran penyesuaian diri dalam kalangan pelajar sekolah menengah (The social emotional intelligence of adaptability skills among secondary school students). Jurnal Psikologi Malaysia, 32(1), 47- 57. ISSN-2289-8174.
Latifah, S. N., Fathorrazi, M., Yuliati, L., & Yunitasar, D. (2023). Modeling poverty alleviation in indonesia according to ibnu khaldun philosophy (an approach to morality in the qur’an). Pharos Journal of Theology, (105(1) https://doi.org/10.46222/pharosjot.1059
Lay Yoon Fah, Khoo Chwee Hoon (2012): Pengenalan Kepada Analisis Data dengan Amos 18 dalam Penyelidikan Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah.
Lukmanulhakim, N. N. (2020). Kaedah Pembentukan Identiti Nasional dalam Universiti Awam di Malaysia. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 1-9. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.1.2020
Lynn, M. R. (1986). Determination and quantification of content validity. Nursing Research, 35(6), 382–385.
Mahdi (1957): Ibn Khaldun's Philosophy of History: A Study in the Philosophic Foundation of the Science of Culture: 1st Edition. London
Marlina, S., Awang, M. M., & Yunos, J. M. (2020). Kecerdasan sosial dan keberkesanan pengurusan dalam organisasi pendidikan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 55–64.
Mohd Aziz, N., Norazman, M. A., & Mokhtar, S. (2022). Komunikasi organisasi dan cabaran kepimpinan di universiti awam. Jurnal Komunikasi Malaysia, 38(1), 19–34.
Mohd. Majid Konting. (2019). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan (8th ed) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammed Fareed, F. R. A. (2023). Model-Model Pengurusan Islam: Suatu Sorotan Literatur: Islamic Management Models: A Literature Review. Jurnal Syariah, 30(2), 123–151. https://doi.org/10.22452/syariah.vol30no2.1
Mohd Zain, Z. (2017). Asabiyyah dalam Perspektif Kepimpinan Islam Kontemporari. Jurnal Usuluddin, 45(1), 67–85. kepada konflik kerja dalam institusi akademik. Malaysian Journal of Education, 46(2), 71–85.
Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). McGraw-Hill. Polit, D. F., & Beck, C. T. (2006). The content validity index: Are you sure you know what’s being reported? Critique and recommendations. Research in Nursing & Health, 29(5), 489–497.
Pusat Pengurusan Data dan Kecerdasan Buatan (DARTIC) UMS.
Rahim, A. A., & Halim, F. A. (2018). Profesionalisme imam masjid: Satu tinjauan awal. Journal Usuluddin, 46(2), 111–140.
Rahman, A. A., Saad, S., & Mohd Noor, F. A. (2023). Integrating Islamic and Western Perspectives in Leadership Studies: A Review. International Journal of Islamic Thought, 23(1), 13–29.
Rosenthal, F. (2005). Ibn Khaldun: The Muqaddimah. Princeton University Press.
Rosnani, H. (2014). Educational Dualism in Malaysia: Implications for Theory and Practice. Kuala Lumpur: IIUM Press.
Sairan, M. A. A. , Ahmad, S. (2022). Perspektif pemikiran tokoh islam muhammad uthman el - muhammady terhadap teori sosial, masyarakat asabiyyah dan kebudayaan.JurnalPembangunan Sosial,25. https://doi.org/10.32890/jps2022.25.6
Salovey, P., & Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition and Personality, 9(3), 185–211.
Sekaran, U., & Bougie, R. (2016). Research methods for business: A skill-building approach (7th ed.). Wiley.
Silvera, D. H., Martinussen, M., & Dahl, T. I. (2001). The Tromsø social intelligence scale, a self-report measure of social intelligence. Scandinavian Journal of Psychology, 42(4), 313–319
Shariffah Hanim Syed Ismail, & Maizatul Haizan Mahbob. (2023). Kepentingan kecerdasan emosi dan pengaruhnya ke atas komunikasi berkesan kakitangan agensi penguat kuasa. Malaysian Journal of Communication, 39(4), 202–223.
Sulaiman Mahbob, Mazilan Musa, Izal Arif Zahrudin, Suzanna Che Moin (eds) (2005) Etika dan Integriti di Malaysia: Isu dan Cabaran. Institut Integriti Malaysia (IIM), Kuala Lumpur.
Sumber Pengurusan Data (2024) Bahagian Pembangunan & Pengurusan Maklumat Strategik, Jabatan Perkhidmatan Awam
Tai, M. K., & Omar, A. K. (2021). Professional Learning Communities: A Comparative Study on Organizational and Non-Organizational Factors of Secondary Schools in Malaysia. Asian Journal of University Education, 17(3), 88–104
Toynbee, A. J. (1962). A study of history (Vol. 3). Oxford University Press.
Vernon, P.E (1993) Some characteristics of the good judge of personality. Journal of Social Pasychology, 4(1), 42-57
Yusof, S. M., & Talib, R. (2021). Cabaran tadbir urus dalam institusi pengajian tinggi awam: Satu analisis terhadap dinamika organisasi. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 35(1), 71–85
Yusof, N. M., & Abdullah, R. (2021). Persekitaran kerja dan motivasi staf akademik: Kajian kes di universiti awam. Jurnal Psikologi Malaysia, 35(1), 44–58.
Zakaria Stapa,, et al. (2012) Islam dalam pendidikan dan hubungannya dengan pembentukan jati diri bangsa Melayu di Malaysia: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Zaid, A. (2019). Solidarity and Social Cohesion in Ibn Khaldun’s Asabiyyah Theory. Journal of Islamic Civilization Studies, 8(2), 45–62
Zaine Zulkifli et al.(2021) Hubungan antara Kecerdasan Sosial dan Kecerdasan Spiritual dengan Kepuasan Kerja: Satu Kajian Rintis, Journal of Human Development and Communication Volume 10, 2021 [89-98]
Zainal Ahmad, A .R., & Hashim , F. (2018). Academic administrators' leadership and management competencies: evidence from Malaysian public universities. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(12), 675–690
Zainuddin, N., Rahim, A. R., & Musa, S. (2022). Impact of digital academic administration on institutional effectiveness in Malaysian universities. Asian Journal of University Education,18(3), 101–118.
Zulkifli, R., & Ishak, S. (2021). Kecerdasan sosial dan keberkesanan pentadbiran akademik. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 35(1), 45–57.
Zohdi, M. Z. M. (2016). Konsep dan aplikasi psikologi Islam dalam pentadbiran. USIM Press.

