Faktor Gratifikasi Dalam Penontonan Filem Dan Kaitannya Dengan Sambutan Audiens

Authors

  • Haryati Abdul Karim Faculty of Humanities, Arts and Heritage

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v20i.135

Keywords:

Gratifikasi, penontonan filem, kepuasan dan kegunaan, FINAS, kajian audiens

Abstract

Artikel ini menyentuh tentang faktor gratifikasi yang dirasai oleh audiens ketika menonton filem mengikut Teori Kepuasan dan Kegunaan. Teori ini digunakan untuk mengkaji faktor gratifikasi dan perkaitannya dengan sambutan hangat audiens terhadap sesebuah filem. Dalam tinjauan ke atas 1,330 orang responden di seluruh Malaysia, filem Inggeris didapati amat diminati oleh audiens kerana memberi pelbagai jenis gratifikasi berbanding dengan filem asing lain mahupun filem tempatan. Namun, ‘gratifikasi-ikatan’ iaitu bagaimana filem Inggeris memberi audiens kepuasan sosialisasi menyebabkan audiens lebih memilih menonton filem Inggeris sebagai satu bentuk aktiviti sosial yang boleh mengukuhkan hubungan audiens dengan rakan-rakan atau keluarga. Selain itu, jika filem tempatan ingin mengatasi saingan filem antarabangsa khususnya filem Inggeris, ia perlu mempelbagaikan genre dan tema filem agar dapat memberikan gratifikasi dari segi emosi, sosial dan kognitif kepada audiens.

Downloads

How to Cite

Abdul Karim, H. (2016). Faktor Gratifikasi Dalam Penontonan Filem Dan Kaitannya Dengan Sambutan Audiens. Jurnal Kinabalu, 20. https://doi.org/10.51200/ejk.v20i.135
Total Views: 1161 | Total Downloads: 1451