ANALISIS TIPULOGI PRA-PRU-14 DI SABAH: KAREKTER KOSMETIK DAN KOMENTAR KRITIS

PRE-GE-14 'TIPULOGI' ANALYSIS IN SABAH: COSMETIC CHARACTER AND CRITICAL COMMENTARY

Authors

  • Nordi Achie

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1650

Keywords:

pilihan raya, analisis, politik, election, analysis, politic

Abstract

Analisis pra pilihan raya merupakan antara entiti penting dalam wacana kepolitikan yang menghangatkan semangat dan kemeriahan suasana politik, dan dalam keriuhan musim inilah, munculnya penganalisis politik kritistruktif (kritis-konstruktif) mahupun indiviologikal (individualistik-ideologikal). Artikel ini bertujuan untuk memberikan pencerahan diagnostik terhadap analisis terpilih pra-PRU-14 di Sabah dan rangkuman aspek yang bersangkutpautan dengannya, berdasarkan pendekatan analisis substantif (kritikan luaran), bukannya analisis tekstual (kritikan dalaman), melainkan jika difikirkan perlu di bahagian-bahagian tertentu sebagai bahan bukti. Sebelum itu, dua rujukan harus dijelaskan. Pertama, semua analisis yang dikemukakan sebelum keputusan pilihan raya diisytiharkan ialah analisis prapilihan raya. Kedua, istilah "karekter kosmetik" merujuk kepada individu dan institusi yang dijuluki sebagai penganalisis politik, tetapi mereka gagal memikul amanah analisis kritistruktif. Penulis mengajukan tiga persoalan asas. Pertama, apakah "analisis tipulogi"? Istilah ini tidak dicerakin secara skematik atau struktural seperti lazimnya dalam penulisan ilmiah, tetapi pemahaman tentangnya akan digarap secara kolaboratif dan kontinuitif menerusi kupasan selanjutnya. Kedua, apakah ciri-ciri analisis dan karekter penganalisis kritistruktif? Ketiga, penganalisis merupakan jurubicara kebenaran dan juru juang keadilan, namun bentuk dan tahap analisis mereka (indiviologikal) tidak pun setara dengan pemerhati politik, atau lebih rendah lagi, sebagai penceloteh politik semata-mata. Apakah buktinya? Seterusnya, profesion (pangkat, gelaran) dan populariti seseorang tidaklah semestinya mencerminkan kualiti dan integriti keilmuan. Reaksi kritis penulis akan membuktikan kebenaran tesis ini kerana bukti tesis yang benar dengan sendirinya membuktikan tesis itu adalah benar.

Abstract
The pre-election analysis is considered as one of the significant entities in any political discourse which would heat up the spirit of a political setting. Observably, within the previous chaotic situation of the pre- GE14, 'kritistruktif' (critical-constructive) political analysts as well as 'indiviologikal' (ideological individualist) analysts were in existence. Hence, the aim of this article is to provide a diagnostic clarification towards an analysis of the pre-GE14 in Sabah and its related issues. The analytical descriptions are based on a substantial approach, rather than a textual approach unless when strong supportive evidence is needed. Before proceeding with the diagnostically clarification, two points need to be clarified. Firstly, the analysis that is presented before the results of the election is referred to as the pre-election analysis. Secondly, the term 'cosmetic character' is referred to individual and institutional political analysts who at the same time have unsuccessfully performed the role of a 'kritistruktif' analysts. The writer has put forward three basic enquiries. First, what is the term meant by 'tipulogi' analysis? Second, what are the features of the analysis and the characteristics of a 'kritistruktif' analysts? These terminologies will not be described structurally or schematically as how they would be normally presented in an academic paper, but the comprehending of their significance will be dealt through a collaborative and a continuous mode all through the paper. Third, an analyst is regarded as a truth spokesperson and a justice contender. Nevertheless, the level and type of their analytical views (indiviologikal) seemed incompatible with political observers or probably lower than this, known only as a political impetuous spokesperson. What are the pieces of evidence? As such, profession (designation and status) and popularity do not reflect the quality and integrity of an intellect. The writer's critical views will prove the truth of the thesis, as such, a truth in a thesis is truth itself.

Author Biography

Nordi Achie

Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

References

Abu Ays, http://www.jasduit.com

Awang Azman Awang Pawi, https://sarawakvoice.com

Awang Bolkiah Ali, https://sarawakvoice.com

Dobelli, R. 2015. The art of thinking clearly, Batu Caves: PTS Publishing House

FMT Reporters, http://www.free.malaysiatoday.com

Fung Yu-Lan. 2006. Sejarah ringkas falsafah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Hamka. 2006. Islam: Revolusi ideologi & keadilan sosial, Shah Alam: Pustaka Dini.

Hodgson, M.G.S. 2004. Kebangkitan Islam, Jilid I-III, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ibnu Khaldun. 2002. Mukadimah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Imam Fakhruddin Ar-Razi. 2015. Kitab firasat, Jakarta: Khazanah Pustaka Islam.

Kadir Dikoh, http://www.bhplus.com.my/kolumnis

Merdeka Centre, http://merdeka.org.

Penyu Sakti, https://penyusakti.wordpress.com

Rafizi Ramli-Invoke, http://rafiziramli.com

Sukusakathangtuah, http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com

Sun Tzu. 2004. The art of war. London: Arcturus Holdings Limited

Syed Hussein Alattas. 1991. Mitos peribumi malas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Za’ba. 1980. Falsafah takdir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Published

2018-12-31

How to Cite

Achie, N. (2018). ANALISIS TIPULOGI PRA-PRU-14 DI SABAH: KAREKTER KOSMETIK DAN KOMENTAR KRITIS: PRE-GE-14 ’TIPULOGI’ ANALYSIS IN SABAH: COSMETIC CHARACTER AND CRITICAL COMMENTARY. Jurnal Kinabalu, 223. https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1650
Total Views: 325 | Total Downloads: 232