HUBUNGAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIKAL PELAJAR TINGKATAN ENAM

Authors

  • Mohd Nasir Rayung
  • Abdul Said Ambotang

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1660

Keywords:

Keupayaan imaginasi, motivasi kendiri, pembentukan makna, kemahiran berfikir, Imagination capability, self-motivation, creation of meaning, thinking skills

Abstract

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan langsung dan tidak langsung faktor keupayaan imaginasi, motivasi kendiri dan pembentukan makna terhadap kemahiran berfikir pelajar tingkatan enam di daerah Tawau. Kajian ini melibatkan 322 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini diubah suai daripada Instrumen Kemahiran Generik Malaysia (MaGSI). Analisis data kajian dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan langsung yang signifikan antara kemahiran pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat terhadap kemahiran berfikir kritikal pelajar. Sementara itu, kemahiran keusahawanan menunjukkan hubungan langsung yang tidak signifikan kepada kemahiran berfikir kritikal pelajar. Walau bagaimanapun, kemahiran keusahawanan menunjukkan hubungan tidak langsung yang signifikan terhadap kemahiran berfikir kritikal apabila digabungkan dengan pembelajaran sepanjang hayat. Dapatan kajian juga menunjukkan variabel kemahiran pengurusan dan kemahiran keusahawanan menyumbang 39 peratus kepada pembelajaran sepanjang hayat. Ketiga-tiga variabel bebas ini menyumbang 50 peratus kepada kemahiran berfikir kritikal pelajar. Implikasi kajian ini kelak diharap dapat mengukuhkan teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritikal dalam kalangan pelajar khususnya pelajar tingkatan enam.

Abstract

The purpose of this study is to determine the direct and indirect relationship of the factors of imagination, self-motivation and the imagination capability towards thinking skills among form six students in Tawau district. The study involved 322 students randomly selected as a sample of the study. This research instrument is modified from Malaysian Generic Skills Instrument (MaGSI). Data analysis was carried out using Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) and Structural Equation Modeling (SEM) software. The findings show that there is a significant direct relationship between management skills and lifelong learning to students' critical thinking skills. While entrepreneurship skills show a direct relationship that is not significant to students' critical thinking skills. However, entrepreneurial skills demonstrate a significant indirect relationship to critical thinking skills combined with lifelong learning. The findings also show that the variable of management skills and entrepreneurial skills contribute 39 per cent to lifelong learning. While these three independent variables contribute 50 per cent to students' critical thinking skills. The implication of this study will hopefully reinforce the teaching and learning theory and practice to help improve critical thinking skills among students, especially the form six students. 

Author Biographies

Mohd Nasir Rayung

Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah 

Abdul Said Ambotang

Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah 

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

Rayung, M. N., & Ambotang, A. S. (2018). HUBUNGAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIKAL PELAJAR TINGKATAN ENAM. Jurnal Kinabalu, 24. https://doi.org/10.51200/ejk.v24i.1660
Total Views: 1649 | Total Downloads: 2087