KETERLIBATAN KOMUNITI DALAM MEMPERKASAKAN BANDAR BERDAYA HUNI DI ZON BLACK SPOT JENAYAH DI KOTA KINABALU, SABAH

A COMMUNITY ENGAGEMENT IN EMPOWERING A LIVABLE CITY IN THE CRIMINAL BLACK SPOT ZONE IN KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • NORCIKEYONN SAMUNI Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • NOR-INA KANYO Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • JABIL MAPJABIL Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v27i1.3650

Keywords:

Keterlibatan, komuniti, bandar berdaya huni, bandar selamat, zon black spot, Kota Kinabalu, Engagement, community, livable city, safe town, black spot zone

Abstract

Dalam mencapai usaha mewujudkan sebuah bandar selamat dan berdaya huni, terdapat beberapa elemen penting yang perlu ditekankan dalam merealisasikannya. Salah satunya ialah elemen keterlibatan komuniti bandar yang merupakan agen pembangunan dan perubahan kepada sesuatu dimensi ruang. Kota Kinabalu adalah sebuah bandar yang pesat membangun dari pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial dan fizikal dan ia mendorong kepada keinginan masyarakat untuk berhijrah ke kawasan bandar, sama ada secara kekal atau sementara bagi memenuhi keperluan dan kelangsungan hidup. Justeru, penghijrahan masyarakat ke bandar Kota Kinabalu telah menyumbang kepada tuntutan sosial dan fizikal yang membawa kepada isu keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat. Maka, dalam mewujudkan sebuah bandar berdaya huni (BDH) untuk komuniti, bagaimana pula dengan tahap kesediaan dan keterlibatan komuniti untuk memperkasakan usaha ini di peringkat lokal. Kajian ini dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dengan memfokuskan kepada lima buah zon black spot jenayah iaitu sekitar Sadong Jaya, Segama, Sinsuran, Sembulan dan Tanjung Aru. Justifikasi pemilihan lokasi ini adalah disebabkan indeks jenayah di kawasan tersebut tinggi, menjadi zon pelaksanaan program bandar selamat di bawah pihak berkuasa tempatan, populasinya yang ramai dan pusat tumpuan segala aktiviti masyarakat. Zon yang terlibat terletak berhampiran pusat bandar raya. Seramai 384 orang responden terlibat dalam penyelidikan ini. Penggunaan soal selidik digunakan bagi menjawab objektif kajian dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) melalui analisis frekuensi, crosstabs dan skor min. Dapatan kajian menjelaskan bahawa keterlibatan komuniti dalam memperkasakan BDH di zon black spot jenayah di Kota Kinabalu masih rendah. Oleh itu, pelbagai usaha dan mekanisme perlu dilaksanakan khususnya dalam agenda pemerkasaan komuniti secara komited dan konsisten.

 

In achieving the efforts to create a safe and liveable city, several important elements need to be emphasized in realizing it. One of them is the urban community engagement element which is the agent of development and change to a dimension of space. Kota Kinabalu is a rapidly developing city
from various aspects such as economic, social, and physical and it encourages the desire of the community to migrate to urban areas either permanently
or temporarily to meet the needs and survival. Thus, the migration of the community to Kota Kinabalu has contributed to the social and physical
demands that lead to the issue of safety, comfort, and well-being of the community. Thus, in creating a livable city for the community, what about
the level of preparedness and community involvement to strengthen this effort at the local level. This study was conducted around Kota Kinabalu focusing
on five criminal black spot zones which are around Sadong Jaya, Segama, Sinsuran, Sembulan, and Tanjung Aru. The justification for the relocation of
this location is due to the high crime index in the area, being a safe urban program implementation zone under the local authorities, its large population, and the focus center of all community activities. The affected zones are located near the city centre. A total of 384 respondents were involved in this research. The use of a questionnaire is used to answer the objectives of the study and data is analyzed using a Statistical Package for Social Science (SPSS) software through frequency analysis, crosstabs, and mean score. The findings explain that community involvement in empowering the livable city in the criminal black spot zone in Kota Kinabalu is still low. Therefore, various efforts and mechanisms should be implemented especially in the agenda of community
empowerment in a committed and consistent manner. 

References

Abdul Rahman, E. (2007). Pembangunan negara, komuniti dan insan melampaui 2020. Bangi: Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abu, Munawar. (2007). Psikologi perkembangan. Jakarta: PT. Rineka Cipta. David, D. S. (1995). Third world cities: Sustainable urban development I. Urban Studies, 32 (4-5), 659-677.

Eko, B. S., Ketut, D. M. E, H., Belinda, U, A., & Achmad, G. (2014). Concept of carrying capacity: Challenges in spatial planning (Case study of East Java Province, Indonesia). Procedia - Social and Behavioral Sciences, 135, 130- 135.

Fauziah. C. L. (2016). Pelancongan bandar dan isu keselamatan: Kajian kes pelancong antarabangsa Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Society and Space, 12 (8), 110-122.

George, A., Hillery, Jr. (1955). A critique of selected community concepts. Social Forces, 37 (3), 237-242.

Haslina, H., & Regina, G. A. (2009). Penglibatan komuniti dalam program pembangunan luar bandar: Kajian kes di pusat pertumbuhan Desa Gedong, Sarawak. Akademika, 77 (Disember), 41-67.

Institut Pengajian Sains Sosial. (2007). Masalah sosial dan kesedaran sivik generasi muda daripada keluarga berpendapatan rendah di bandar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah. (2020). Pelan Struktur Sabah. https://www.townplanning.sabah.gov.my/Pelan%20Struktur%20Negeri.html. Diakses pada 16 Oktober 2020.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. (2020). Dasar Perbandaran Negara. http://www.planmalaysia.gov.my/. Diakses pada 15 Oktober 2020.

Jalaluddin, A. M., & Mohd Asruladlyi, I. (2015). Bandar selamat dan keselamatan komuniti bandar selamat. e-Bangi: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 10 (1), 97-117.

Kanter, R.M., Stein, B.A., & Jick, T.D. (1992). The challenge of organisational change. New York: The Free Press.

Kartini, A. T. (2016). Konsep, dasar dan perlaksanaan bandar sejahtera dengan rujukan khas kepada Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 12 (7), 26-33.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Lunden, W. A. (2016). The Theory of Crime Prevention, 2 (3), 213–228.

Mohammad Shatar, S. (2003). Model pembangunan komuniti. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 11 (2), 135-145.

Mohd Syariefudin, A., Mansor, M. Nor., Ahmad, R. M. Y., & Faridah, C. H. (2017). Konsep komuniti dan perkembangannya: Suatu tinjauan kritikal terhadap penggunaannya. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 12 (3),1823-884x.

New Sabah Times. (2016). RM3.3 Juta untuk Sediakan Deraf Pelan Struktur Sabah 2033. http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/1367. Diakses pada 17 Oktober 2020.

Norita, A. J., Nor-Ina, K., Norcikeyonn, S., & Siti An-Nur, A. L. (2019). Keberkesanan

pelaksanaan strategi konsep bandar selamat dalam mencegah jenayah harta benda di Kota Kinabalu, Sabah. Seminar Pemerkasaan Bandar Selamat: Isu dan Cabaran Di Sabah. Theatrette Ahmad Nisfu, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Okafor, F. (1982). Community involvement in rural development: A field study in the bendel state of Nigeria. Community Development Journal, 17 (2), 134-140.

Poplin, D. (1979). Communities: A survey of theories and methods of research (2nd ed.). New York: MacMillan Publishing Co.

Spicker, P. (1995). Social policy: Themes and approaches. London: Prentice Hall.

Teuku, A., & Abdul, R. E. (2013). Komuniti dan pengurusan persekitaran: Beberapa pengalaman Malaysia, Bangladesh, Zambia dan Vietnam. Kajian Malaysia, 31 (2), 65–86.

Utusan Borneo Online. (18 Januari 2018). Masyarakat perlu pertingkat tahap kesedaran sivik: Lee. https://www.utusanborneo.com.my/2018/01/18/masyarakat-perlu-pertingkat-tahap-kesedaran-sivik-lee. Diakses pada 14 Oktober 2020.

Utusan Borneo Online. (29 Oktober 2016). Pelan Struktur Sabah 2033 dilancar. https://www.utusanborneo.com.my/2016/10/29/pelan-struktur-sabah-2033-dilancar. Diakses pada 17 Oktober 2020.

Utusan Borneo Online. (29 Oktober 2016). Perhatian serius tadbir urus bandar.

https://www.utusanborneo.com.my/2016/10/29/perhatian-serius-tadbir-urusbandar Diakses pada 17 Oktober 2020.

Veenhoven, R. (2004). Inequality of happiness in nations. Journal of Happiness Studies, 6, 351-355.

Wan, Z. W. M., Sarjit, S. G., & Ismi, A. I. (2016). Penglibatan jiran muda dalam aktiviti Rukun Tetangga di Daerah Hulu Langat, Selangor. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 14, 257 – 272.

Wiyoto, A. (2001). Melatih anak bertanggung jawab. Jakarta: Mitra Utama.

Yuen, B. (2004). Safety and dwelling in Singapore. Cities, 21 (1), 19-28.

Published

2021-06-30

How to Cite

NORCIKEYONN SAMUNI, NOR-INA KANYO, & JABIL MAPJABIL. (2021). KETERLIBATAN KOMUNITI DALAM MEMPERKASAKAN BANDAR BERDAYA HUNI DI ZON BLACK SPOT JENAYAH DI KOTA KINABALU, SABAH: A COMMUNITY ENGAGEMENT IN EMPOWERING A LIVABLE CITY IN THE CRIMINAL BLACK SPOT ZONE IN KOTA KINABALU, SABAH. Jurnal Kinabalu, 27, 97–118. https://doi.org/10.51200/ejk.v27i1.3650
Total Views: 579 | Total Downloads: 488