PERSEPSI GURU TENTANG KELEMAHAN STRUKTUR RUANG FIZIKAL SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU GAYA TERHADAP INSIDEN JENAYAH DALAM KAWASAN SEKOLAH

TEACHERS’ PERCEPTIONS ON THE WEAKNESSES OF THE PHYSICAL SPACE STRUCTURE OF PULAU GAYA NATIONAL SCHOOL ON CRIME INCIDENTS IN THE SCHOOL AREA

Authors

  • ROSDIANA BETARE Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • NOR-INA KANYO Institut Kajian Asal Orang Borneo (BorIIs), Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v27i1.3651

Keywords:

Persepsi, implikasi, kelemahan, struktur ruang, fizikal, jenayah, sekolah, Pulau Gaya., Perception, implications, weaknesses, spatial structure, physical, crime, school, Gaya Island

Abstract

Keselamatan sekolah merupakan salah satu indikator kepada kemajuan sekolah dan menjadi aspek terpenting dalam pengurusan sekolah kerana ia boleh mencegah daripada sebarang insiden seperti kemalangan, kebakaran, jenayah, gangguan dan sebagainya. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ke-21 ini dapat dilihat semakin meluas, sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan dan keselamatan di kawasan sekolah. Selain itu, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan keselamatan di kawasan sekolah dengan melaksanakan pelbagai dasar dan program. Misalnya pada tahun 1976 hingga 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan beberapa pekeliling berkaitan keselamatan sekolah yang menekankan keperluan pihak pengurusan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar adalah terjamin ketika berada dalam ruang
kawasan sekolah, terutamanya di makmal sekolah, bangunan sekolah, padang permainan dan sekitar sekolah. Kajian tentang keselamatan sekolah dalam aspek jenayah penting untuk diteliti bagi memastikan warga sekolah berada dalam keadaan selesa dan selamat. Tujuan utama penulisan artikel ini adalah untuk membincangkan persepsi guru tentang implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah terhadap insiden jenayah di kawasan sekolah. Analisis kekerapan dan min merupakan analisis yang digunakan untuk mengukur sejauhmana kelemahan struktur ruang fizikal mempengaruhi masalah jenayah di sekolah Pulau Gaya. Terdapat tiga ruang yang dinilai dan digunakan sebagai pengukur kepada implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah, iaitu ruang bilik darjah, bilik guru dan persekitaran sekolah. Persepsi tentang implikasi kelemahan struktur ruang fizikal sekolah terhadap insiden jenayah ditunjukkan dan dikategorikan mengikut ruang yang sama. Seramai 46 responden yang digunakan sebagai sampel dalam kajian ini. Borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan kelemahan struktur ruang fizikal Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya terhadap masalah jenayah. Data yang diperoleh kemudiannya dikumpul dan dianalisis
menggunakan analisis kaedah kekerapan dan min dan hasilnya menunjukkan bahawa jenayah yang paling tinggi ialah kecurian harta benda sekolah, pecah masuk, kecurian barang hak milik guru dan kecurian dokumen sekolah. Walau bagaimanapun, keadaan di kawasan sekolah masih terkawal kerana terdapat langkah keselamatan yang dilakukan dari pihak sekolah dan polis. 

 

School safety is one of the indicators to the progress of the school and is the most important aspect in school management because it
can prevent from any incidents such as accidents, fires, crime, harassment and so on. The use of information and communication technology in the 21st century can be seen to be more widespread in the field of business, development and security in school areas. In addition, the government has undertaken various initiatives to improve security in school areas by implementing various policies and programs. For example, in 1976 to 2000, the Ministry of Education Malaysia issued several circulars on school safety emphasizing the need for school management to ensure the safety of students when in school areas, especially in school laboratories, school buildings, playgrounds and around schools. Studies on school safety in the aspect of crime are important to study to ensure that school people are comfortable and safe. The main purpose of writing this article is to discuss teachers’ perceptions about the implications of the weaknesses of the physical space structure of the school on the incidence of crime in the school area. Frequency and mean analysis is an analysis used to measure the extent to which the weaknesses of the physical space structure affect the crime problem in Pulau Gaya schools. There are three spaces that are evaluated and used as a measure to the implications of the weaknesses of the physical space structure of the school, namely the classroom space, teachers’ room and the school environment. Perceptions about the implications of the weaknesses of the school’s physical space structure on crime incidents are shown and categorized according to the same space. A total of 46 respondents were used as a sample in this study. The questionnaire is an instrument used to collect data related to the weaknesses of the physical space structure of Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya on the problem of crime. The data obtained were then collected and analyzed using frequency and mean method analysis and the results showed that the highest crimes were theft of school property, break-in, theft of teacher property and theft of school documents. However, the condition of the school area is still under control due to security measures taken by the school and the police. 

References

Flannery, D. J., & Huff, C. R. (1990). Youth violence: Prevention, intervention, and social policy. Washington DC: American Psychiatric Press.

Husna, N., Hassan, C., Makhtar, N. K., Subki, N. S., Hamzah, N. A., & Ismail, S. (2017). A survey on occupational safety and health awareness among school teachers in Kelantan, Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Modul Latihan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Konsep dan manual sekolah selamat: Panduan perlaksanaan menjadi sekolah, komuniti dan keluarga selamat untuk

kanak-kanak Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999.

Knoff, H. M., & Batsche, G. M. (1995). Project ACHIEVE: Analyzing a school reform process for at-risk and underachieving students. School Review, 24, 579-592.

Marinah Awang & Norhazwani Suyantob. (2017). Pendekatan keselamatan dan kesejahteraan pelajar untuk sekolah-sekolah di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia, 7 (1), 139 – 153.

Norlia Arshad & Sufean Hussin. (2006). Dasar Sekolah Selamat: Tinjauan di satu zon Bandar Raya Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan, 26, 27-36.

Sambasivam, S S., Karupiah, K., Subramaniam, K., Praveena, SM., & Abidin. (2017). Ez. Potential safety risks in schools: Ensuring the safety of our precious ones. Ann Trop Med Public Health, 10, 580-585.

Wan Sabri bin Wan Ismail. (2012). Kesedaran keselamatan dalam kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Lembah Kelang. Tesis Sarjana (tidak diterbitkan). Fakulti Kejuruteraan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat.

Published

2021-06-30

How to Cite

ROSDIANA BETARE, & NOR-INA KANYO. (2021). PERSEPSI GURU TENTANG KELEMAHAN STRUKTUR RUANG FIZIKAL SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU GAYA TERHADAP INSIDEN JENAYAH DALAM KAWASAN SEKOLAH: TEACHERS’ PERCEPTIONS ON THE WEAKNESSES OF THE PHYSICAL SPACE STRUCTURE OF PULAU GAYA NATIONAL SCHOOL ON CRIME INCIDENTS IN THE SCHOOL AREA. Jurnal Kinabalu, 27, 119–132. https://doi.org/10.51200/ejk.v27i1.3651
Total Views: 521 | Total Downloads: 1514