STRATEGI PELAKSANAAN 2 YEARS EXIT PROGRAMME (2YEP) BAGI MEMBASMI KEMISKINAN: PERANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SABAH

Authors

  • Joshua anak Jalin UMS
  • Marsitah Mohd Radzi

Keywords:

pembasmian kemiskinan, 2 Years Exit Programme (2YEP), strategi pelaksanaan, exit policy, kebajikan produktif, skim bantuan kerajaan, poverty eradication, implementation strategy, productive welfare, government assistance scheme

Abstract

 

ABSTRAK Pelaksanaan dasar pembangunan berteraskan pembasmian kemiskinan oleh kerajaan tidak dinafikan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan. Insiden kemiskinan mutlak negara terus menurun 5.6 peratus pada 2019, berbanding 7.6 peratus tahun 2016. Walau bagaimanapun penurunan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar taraf sosioekonomi penduduk di
Sabah. Hal ini terbukti apabila Sabah mencatat insiden kemiskinan tertinggi sejak tahun 2004 hingga 2019. Sabah juga mempunyai jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tertinggi sejak tahun 2010 hingga 2015. Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan tidak mendatangkan kesan terhadap insiden kemiskinan dan jumlah penerima bantuan di Sabah. Justeru, artikel ini menjelaskan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sabah dalam melaksanakan 2 Years Exit Programme sebagai satu exit policy melalui pendekatan kebajikan produktif. Matlamat program ini adalah untuk membantu penerima bantuan menerap kesedaran untuk berubah dan berusaha untuk menjana pendapatan serta hidup berdikari tanpa bergantung pada bantuan sebagai sara hidup. Artikel ini adalah kupasan yang bersifat tinjauan awal terhadap strategi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah dalam menurunkan kadar kemiskinan mampu dilaksanakan. Data kajian diperoleh daripada penelitian dokumen dan temu bual tidak formal dengan kakitangan yang terlibat. Dapatan awal kajian ini menemukan peranan jabatan pelaksana dalam mengatur strategi bagi menjayakan 2 Years Exit Programme dibentuk dan dilaksanakan dengan baik. Namun, kejayaan dan kegagalan program ini tidak dapat dinafikan akibat daripada beberapa kelemahan yang ada, baik di pihak pelaksana mahupun klien. Ini memerlukan kajian lanjut bagi memastikan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak sia-sia dan perbelanjaan yang menggunakan wang rakyat dapat pulangan seperti yang dirancang.

ABSTRACT The implementation of development policies based on poverty eradication by the government has undoubtedly succeeded in reducing the poverty rate. The incidence of absolute poverty in the country continued to decline by 5.6 per cent in 2019, compared to 7.6 per cent in 2016. However, this decline does not reflect the socio-economic status of the population in Sabah. This is evident when Sabah recorded the highest incidence of poverty since year 2004 to 2019. Sabah also has the highest number of recipients assistance in a row from year 2010 to 2015. This scenario seems to illustrate that the government’s poverty eradication program does not affect the incidence of poverty and total recipients assistance in Sabah. Therefore, this paper explains the role of the Social Welfare Department Sabah in implementing the 2 Years Exit Program as an exit policy through a productive welfare approach. The goal of this program is to help recipients assistance adopt an awareness to change and strive to generate income as well as live independently without relying on aid as a livelihood. This paper is a preliminary survey of the strategy of the Social Welfare Department Sabah in reducing the poverty rate can be implemented. Data were obtained from document review and informal interviews with the staff involved. The initial findings of this study found the role of the implementing department in organising strategies for the success of the 2 Years Exit Program was formed and implemented well. However, the success and failure of this program cannot be denied as a result of some weaknesses, both the implementer and the client. This requires further study to ensure that the poverty eradication program implemented by the government is not wasted and the expenditure that uses the people’s money can be returned as planned.

Author Biographies

Joshua anak Jalin, UMS

Program Antropologi & Sosiologi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Marsitah Mohd Radzi

Program Antropologi & Sosiologi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Jalan UMS, Universiti Malaysia Sabah,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

References

Berry, A. (2013). Social protection, growth and employment (Issue May).

Department of Social Welfare. (2019). Social welfare statistics report 2019. 1–232.

Hox, J. J., & Boeije, H. R. (2004). Data collection, primary vs. secondary. In Encyclopedia of Social Measurement. 593–599.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2016). Terma rujukan pengurusan projek rintis 2 Years Exit Programme. Terma rujukan pengurusan projek rintis 2 Years Exit Programme, 19.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2017). Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat. http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2018). Laporan Statistik 2018.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah. (2021). Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah.

Noraida, I., Salamatussaadah, A. G., Wan Zabariah, W. H., Haniza, T., & Mohamad Kamil, M. U. (2018). Kajian penilaian outcome: Program exit bagi penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Produktif. Jurnal Kebajikan Masyarakat (Social Welfare Journal), 45(Nov), 109–118.

Ong, F. S., & Hamid, T. A. (2010). Social protection in Malaysia - Current state and challenges towards practical and sustainable social protection in East Asia: A Compassionate Community. Social Protection in East Asia - Current State and Challenges, 9, 182–219.

Perlembagaan Persekutuan. (2006). Perlembagaan Persekutuan. 301.

Putri Noorafedah Megat Tajudin, Khairuddin Idris, Abd Rahim, N. A., & Arshad, M. M. (2020). Keusahawanan mampan melalui proses pemerkasaan sosioekonomi dalam kalangan usahawan bimbingan Program 2 Years Exit Programme yang berjaya di Negeri Sembilan, Malaysia. Community: Pengawas Dinamika Sosial, 6(1), 83.

Sharifah Norazizan et al. (2017). Laporan akhir: Kajian Keberkesanan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shaslinda, N., Kadir, A., Imang, U., Atang, C., Geografi, P., Kemanusian, F., & Wawasan, G. D. (2018). Cabaran pelaksanaan Program Gerakan Desa Wawasan dalam memajukan kawasan luar bandar di Sabah. Geografi, 6(2), 76–89.

Unit Perancang Ekonomi, J. P. M. (2017). Poverty Incident According to ethnic groups, Class and State, Malaysia, 1970-2016.

Unit Perancang Ekonomi, J. P. M. (2020). Dapatan kajian semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 Malaysia.

Zakiyah Jamaluddin, & Norzalinda Mohd Ali Hanafiah. (2018). Poverty eradication through productive welfare approach in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(9), 1186–1192.

Published

2023-12-31 — Updated on 2023-12-31

Versions

How to Cite

Joshua anak Jalin, & Marsitah Mohd Radzi. (2023). STRATEGI PELAKSANAAN 2 YEARS EXIT PROGRAMME (2YEP) BAGI MEMBASMI KEMISKINAN: PERANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SABAH. Jurnal Kinabalu, 29, 123–142. Retrieved from https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3736
Total Views: 211 | Total Downloads: 88