Autobiografi Sebagi Sumber Pensejarahan Moden: Peranan Dan Ketokohan Dato’ Bentara Luar Dalam Sejarah Dan Pensejarahan Johor Moden

Authors

  • A Rahman Tang Abdullah Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.51200/ejk.v18i.495

Keywords:

Mohammed Salleh bin Perang, Dato’ Bentara Luar, Johor moden, autobiografi, pensejarahan

Abstract

Makalah ini membincangkan nilai kesejarahan autobiografi Dato’ Bentara Luar Mohammed Salleh bin Perang dalam sejarah dan pensejarahan Johor moden. Secara umumnya, tokoh ini bukan sahaja penting dari aspek sejarah Johor moden itu sendiri, tetapi juga dalam aspek penulisan beliau yang terserlah dalam beberapa penulisan yang bercorak autobiografi. Hasil karya beliau masih boleh digolongkan sebagai karya sastera secara umum walaupun karyanya lebih berbentuk autobiografi. Namun begitu, para sejarawan lebih tertarik oleh nilai sejarahanya kerana mengandungi aspek pensejarahan negeri tersebut. Sehubungan dengan itu, makalah ini berfokus kepada aspek-aspek perbincangan latar belakang atau riwayat hidup beliau, tinjauan tentang karya-karya penulisan beliau yang telah dikumpulkan dalam satu jilid yang berjudul Tawarikh Dato’ Bentara Luar dan penilaian para sarjana tentang ketokohan beliau sebagai seorang penulis. Bagi tujuan tersebut, makalah ini akan menerapkan aspek filologi dan sejarah secara umum serta memasukkan kajian perbandingan tekstual bagi menguji nilai kesejarahannya.

Downloads

Published

2016-12-27

How to Cite

Tang Abdullah, A. R. (2016). Autobiografi Sebagi Sumber Pensejarahan Moden: Peranan Dan Ketokohan Dato’ Bentara Luar Dalam Sejarah Dan Pensejarahan Johor Moden. Jurnal Kinabalu, 18. https://doi.org/10.51200/ejk.v18i.495
Total Views: 1032 | Total Downloads: 1920